Electronic Funds Transfer (EFT) Payment
Pembayaran Pemindahan Dana Elektronik (EFT)

MAKLUMAT PENTING:
Yuran visa tidak akan dipulangkan and mesti dibayar dalam matawang tempatan, Ringgit Malaysia (RM). Jika anda mempunyai sebarang masalah untuk proses pembayaran atau bayaran anda tidak Berjaya. SILA JANGAN BUAT BAYARAN BUAT KALI KEDUA KERANA BAYARAN ANDA TIDAK AKAN DIPULANGKAN SEMULA. Sila hantar emel ke khidmat pelanggan kami di support-malaysia@ustraveldocs.com dengan masalah yang dihadapi, dan kami akan menyiasat.

Sila pastikan anda mengetahui yuran visa yang betul yang anda perlu bayar sebelum meneruskan pembayaran. Jika anda membuat pembayaran dengan amaun yang kurang , anda perlu membuat bayaran yang baru dengan jumlah yang betul dan TIADA PEMULANGAN SEMULA untuk bayaran yang salah. Jika anda terlebih bayar, Anda TIDAK AKAN MENERIMA PEMULANGAN SEMULA untuk jumlah yang anda terlebih bayar.

Jika anda telah menggunakan resit untuk menjadualkan temujanji, anda tidak boleh memindahkan bayaran permohonan kepada pemohon yang berbeza

Pemindahan Dana Elektronik (EFT ) Pembayaran Yuran Permohonan Visa AS $

Anda boleh menggunakan kaedah di bawah untuk membayar yuran permohonan visa AS $ anda melalui pemindahan dana elektronik (EFT ) dengan pembayaran terus dari bank anda.

BUAT MASA TERKINI, KAMI TIDAK MENERIMA PEMINDAHAN DANA ELEKTRONIK LUAR NEGARA . ANDA HANYA BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN INI JIKA ANDA MENGEKALKAN AKAUN DI MALAYSIA.

Sila cetak halaman ini untuk rekod anda. Perlu diingatkan supaya hanya membuat satu kali pembayaran bagi setiap nombor unik akaun.

Yuran MRV akan dibayar dalam Ringgit Malaysia sahaja. Amaun MYR diterima oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk setiap persamaan USD yang dinyatakan pada slip deposit dan halaman pembayaran EFT dibawah dan di halaman lain di laman web ini. Pembayaran amaun yang tidak tepat boleh mengakibatkan kelewatan pemprosesan atau dikenakan membuat bayaran MRV semula.

  • Bank Penerima :Bank of America Malaysia Berhad
  • Nombor unik Akaun :Masukkan nombor di bawah :

    undefined0

  • Nama Penerima:CGI FEDERAL INC US VISCOL SFA EXT
  • Kod Bank:100002076 (atau pilihan yang sesuai untuk Bank of America Malaysia Berhad)
  • Jumlah yang disenaraikan di bawah adalah sah sehingga dan mesti dibayar sebelum tarikh tersebut..
  • Jumlah:MYR

    Nota : JANGAN memilih pengesahan Giro ke-2 untuk pemindahan dana Bank tersebut

Sekiranya anda membayar yuran permohonan visa dengan pemindahan dana elektronik dari akaun bank anda sebelum jam 4.30 petang, anda boleh menjadualkan temujanji anda selepas pukul 12 petang hari bekerja yang berikutnya.

SILA PASTIKAN ANDA MENYIMPAN NOMBOR UNIK AKAUN YANG ANDA TELAH GUNAKAN UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN EFT ANDA. Anda mesti mempunyai nombor ini sebagai bukti pembayaran untuk menjadualkan temujanji visa anda. Ia adalah tanggungjawab pemohon untuk menyimpan nombor ini. Jika tidak, anda tidak boleh menjadualkan temujanji dengan pembayaran anda, dan anda perlu membuat bayaran semula.