Kanak-kanak bawah 14 tahun dan Warga Emas berusia 80 tahun ke atas

Gambaran Keseluruhan:

 

Nota: Memandangkan tentang global pandamik COVID -19, Kedutaan A.S. Kuala Lumpur tidak akan menerima sebarang permohonan yang di hantar bagi Pembaharuan Visa melalui Pos, Kanak-kanak berumur di bawah 14 tahun dan Warga Emas yang berumur 80 tahun ke atas, dan lain-lain kes 221g mulai dari 19 Mac, 2020 serta-merta. Kami akan menyambung semula rutin perkhidmatan visa secepat yang mungin, tetapi tidak dapat menyediakan tarikh tertentu pada masa ini.

 


Kelayakan

Pemohon yang memenuhi salah satu daripada kriteria berikut tidak perlu menghadiri sesi temuduga visa di Kedutaan Amerika Syarikat:

  • Pemegang pasport Malaysia yang berumur 80 tahun dan ke atas.
  • Pemegang pasport Malaysia di bawah umur 14 tahun yang salah seorang ibu bapa memiliki visa A.S. yang sah.

Dokumen yang diperlukan

  • Mukasurat pengesahan DS-160
  • Bayaran Visa Resit dari Bank
  • Pasport (semasa dan mana-mana pasport sebelum ini yang mengandungi visa Amerika Syarikat yang sah)
  • Satu gambar yang memenuhi keperluan sepreti diterangkan di sini

Pemohon di bawah umur 14 tahun:

  • Sijil kelahiran yang asal
  • Salinan pasport mukasurat biografi ibu bapa dan salinan visa A.S mereka yang sah
  • Surat dari majikan ibu bapa

Lokasi menghantar dokumen

Dokumen boleh dihantarkan ke salah satu lokasi yang ditetapkan dan pasport akan dikembalikan melalui perkhidmatan kurier atau sedia untuk pungutan sendiri di lokasi kurier yang ditetapkan. Sila rujuk halaman ini untuk semua butiran lokasi penghantaran passport.