Pembaharuan visa saya

 

NOTE: Memandangkan tentang global pandamik COVID -19, Kedutaan A.S. Kuala Lumpur tidak akan menerima sebarang permohonan yang di hantar bagi Pembaharuan Visa melalui Pos, Kanak-kanak berumur di bawah 14 tahun dan Warga Emas yang berumur 80 tahun ke atas, dan lain-lain kes 221g mulai dari 19 Mac, 2020 serta-merta. Kami akan menyambung semula rutin perkhidmatan visa secepat yang mungin, tetapi tidak dapat menyediakan tarikh tertentu pada masa ini.

 

Gambaran keseluruhan

Proses permohonan visa A.S. adalah sama. Sama ada anda memohon untuk pertama kali atau memperbaharui visa anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai visa A.S. sebelum ini, anda mungkin tidak dikehendaki untuk hadir secara peribadi untuk temuduga.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa visa anda mungkin masih sah jika pasport itu tamat. Anda boleh meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat dengan pasport lama anda yang mengandungi visa yang sah dan pasport sah anda yang baru.

Kelayakan

Pada masa ini, hanya pemegang visa B1/B2 dan C1/D yang boleh menyertai Pembaharuan Visa Melalui Mel. Sila lihat pautan di bawah untuk syarat program: