Soalan Lazim Visa Pelajar

Senarai Soalan

  1. Apa itu I-20 dan bagaimana untuk mendapatkannya?
  2. Berapa awal saya perlu memohon untuk visa pelajar saya?
  3. Saya telah menerima visa, bilakah saya boleh berlepas?
  4. Bolehkah seseorang dengan visa pelawat menukar statusnya kepada pelajar semasa di Amerika Syarikat jika dia berjaya mendaftar dengan sekolah dan mendapat Borang I-20?
  5. Bagaimana jika saya menerima I-20 ke sekolah lain?
  6. Saya pernah bekerja sebagai H-1B dan sekarang telah masuk ke universiti sebagai F-1. Adakah saya perlu pulang semula ke negara saya untuk memohon visa pelajar?
  7. Bolehkah pelajar F-1 bekerja di Amerika Syarikat?
  8. Apakah sistem SEVIS dan apakah kesannya pada saya?

Soalan dan Jawapan

S. 1 Apa itu I-20 dan bagaimana untuk mendapatkannya?

Borang I-20 adalah borang rasmi Kerajaan AS, dikeluarkan oleh sekolah yang bertauliah serta perlu dimiliki oleh pelajar bukan imigran untuk mendapatkan visa F-1 or M-1. Borang I-20 ialah bukti penerimaan dan mengandungi maklumat penting untuk membayar yuran SEVIS I-901, memohon visa atau menukar status visa, dan masuk ke Amerika Syarikat. Borang I-20 mempunyai nombor pengenalan SEVIS pelajar, yang bermula dengan huruf N dan diikuti dengan sembilan digit, pada sebelah kanan atas di atas kod bar.


kembali ke atas

S. 2 Berapa awal saya perlu memohon untuk visa pelajar saya?

Anda digalakkan memohon visa pelajar bukan imigran sebaik sahaja anda mendapat I-20. Bagi memastikan anda mendapat tarikh yang awal dan sesuai, anda boleh memohon pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, visa pelajar mungkin dikeluarkan tidak lebih daripada 120 hari sebelum tarikh yang disebutkan dalam I-20.


kembali ke atas

S. 3 Saya sudah terima visa, bilakah saya patut saya berlepas?

Anda hanya boleh memasuki Amerika Syarikat dalam tempoh 30 hari pada permulaan kursus yang dinyatakan dalam I-20 anda, tanpa mengambil kira bila visa dikeluarkan.


kembali ke atas

S. 4 Bolehkah seseorang dengan visa pelawat menukar statusnya kepada pelajar semasa di Amerika Syarikat jika dia berjaya mendaftar dengan sekolah dan mendapat Borang I-20?

Ya. Secara amnya, anda boleh memohon untuk menukar status visa bukan imigran anda jika anda masuk ke Amerika Syarikat dengan sah menggunakan visa bukan imigran, jika status bukan imigran anda masih sah, jika anda tidak melanggar syarat status, dan anda tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menyebabkan anda tidak layak. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang USCIS.


kembali ke atas

S. 5 Bagaimana jika saya menerima I-20 ke sekolah lain?

Jika anda menerima I-20 selepas membuat janji temu, maka anda boleh memaklumkan pegawai konsular Amerika mengenai I-20 baharu semasa temu duga.


kembali ke atas

S. 6 Saya pernah bekerja sebagai H-1B dan sekarang telah masuk ke universiti sebagai F-1. Adakah saya perlu pulang semula ke negara saya untuk memohon visa pelajar?

Tidak. Setelah anda di Amerika Syarikat, anda tidak perlu memohon visa baharu kerana visa bertujuan untuk kemasukan ke Amerika Syarikat. Semak dengan USCIS untuk menentukan sama ada anda perlu menukar status. Jika anda meninggalkan negara, anda perlu memohon visa pelajar untuk masuk semula ke Amerika Syarikat.


kembali ke atas

S. 7 Bolehkah pelajar F-1 bekerja di Amerika Syarikat?

Pelajar sepenuh masa dengan visa F boleh mendapatkan kerja dalam kampus tidak lebih daripada 20 jam seminggu. Selepas tahun pertama dalam status pelajar, pemohon boleh memohon pekerjaan di luar kampus dengan kebenaran USCIS. Sila hubungi penasihat pelajar untuk maklumat lanjut.


kembali ke atas

S. 8 Apakah sistem SEVIS dan apakah kesannya pada saya?

Program Sistem Maklumat Pelajar dan Pertukaran Pelawat (SEVIS) memerlukan sekolah dan program pertukaran untuk mengesahkan semua status pendaftaran kesemua pelajar asing baharu dan lama serta pelawat yang bertukar. Pemohon visa pelajar perlu membayar yuran SEVIS sebelum visa boleh dikeluarkan. Layari laman sesawang SEVIS untuk maklumat lanjut.


kembali ke atas