Soalan Lazim Visa Perniagaan/Pelancongan

Senarai Soalan
  1. Berapa lama saya boleh tinggal di Amerika menggunakan visa perniagaan atau pelancongan?
  2. Visa lawatan saya (B-1/B-2) akan tamat selepas tarikh ketibaan saya di AS? Perlukah saya mendapat visa baharu sebelum berlepas?
  3. Visa AS saya akan tamat dalam masa 6 bulan. Adakah saya perlu memohon visa baharu selepas visa sedia ada tamat atau bolehkah saya memohon lebih awal?
  4. Saya memiliki visa B-1/B-2 yang sah, yang menggunakan nama keluarga saya sebelum berkahwin, dalam pasport lama saya. Saya bercadang untuk memindahkan visa ini ke pasport yang baharu, mengikut nama saya selepas berkahwin. Apakah prosedurnya?
  5. Visa AS saya yang sedia ada dikeluarkan kepada saya semasa saya bekerja di tempat lama. Sekarang saya telah bertukar pekerjaan di syarikat baharu dan majikan baru mengarahkan saya menghadiri persidangan di Amerika Syarikat yang dijadualkan pada bulan hadapan. Bolehkah saya menggunakan visa yang sama atau perlukah saya memohon visa baharu?
  6. Anak saya sedang belajar di Amerika Syarikat. Boleh saya tinggal dengannya?
Soalan dan Jawapan

S. 1 Berapa lama saya boleh tinggal di AS menggunakan visa perniagaan atau pelancongan?

Visa bukan imigran AS membenarkan anda untuk bergerak ke Pintu Masuk (lapangan terbang/pelabuhan) di Amerika Syarikat. Apabila anda tiba di destinasi Pintu Masuk, pihak Kastam dan Pengawal Sempadan AS yang memproses kemasukan anda akan menentukan tempoh anda boleh berada di AS. Anda boleh bergerak ke Pintu Masuk pada tempoh sah visa bukan imigran anda sehingga hari terakhir visa tersebut sah. Tempoh visa tidak menentukan tempoh anda boleh tinggal di Amerika secara sah; hanya pegawai Kastam dan Pengawal Sempadan boleh menentukannya semasa ketibaan anda di Amerika Syarikat.


kembali ke atas

S. 2 Visa lawatan saya (B-1/B-2) akan tamat selepas tarikh ketibaan saya di AS? Perlukah saya mendapat visa baharu sebelum berlepas?

Anda boleh tiba di Amerika sehingga tarikh akhir sah yang dinyatakan dalam visa. Pegawai Kastam dan Pengawal Sempadan di ketibaan menentukan tempoh anda boleh berada di AS. Visa anda boleh tamat semasa anda masih berada di AS - pastikan anda tidak tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan oleh pegawai yang meluluskannya.


kembali ke atas

S. 3 Visa AS saya akan tamat dalam masa 6 bulan. Adakah saya perlu memohon visa baharu selepas visa sedia ada tamat atau bolehkah saya memohon lebih awal?

Anda tidak perlu menunggu sehingga visa sedia ada tamat. Anda boleh memohon visa baharu walaupun visa sedia ada masih sah.


kembali ke atas

S. 4 Saya memiliki visa B-1/B-2 yang sah, yang menggunakan nama keluarga saya sebelum berkahwin, dalam pasport lama saya. Saya bercadang untuk memindahkan visa ini ke pasport yang baharu, mengikut nama saya selepas berkahwin. Apakah prosedurnya?

Visa AS tidak boleh dipindahkan daripada satu pasport ke pasport yang lain. Anda boleh berkunjung ke Amerika Syarikat dengan kedua-dua pasport dan sijil perkahwinan, atau anda boleh memohon visa baharu.


kembali ke atas

S. 5 Visa AS saya yang sedia ada dikeluarkan kepada saya semasa saya bekerja di tempat lama. Sekarang saya telah bertukar pekerjaan di syarikat baharu dan majikan baru mengarahkan saya menghadiri persidangan di Amerika Syarikat yang dijadualkan pada bulan hadapan. Bolehkah saya menggunakan visa yang sama atau perlukah saya memohon visa baharu?

Anda boleh berkunjung ke Amerika Syarikat dengan visa yang sama selagi visa anda masih sah untuk kunjungan perniagaan atau percutian.


kembali ke atas

S. 6 Anak saya sedang belajar di Amerika Syarikat. Boleh saya tinggal dengannya?

Walaupun anda boleh gunakan visa B-1/B-2 anda (atau berkunjung menggunakan Program Penepian Visa, jika layak)untuk melawat anak anda, namun anda mungkin tidak boleh tinggal bersama anak anda melainkan anda mempunyai visa imigran, kerja atau visa pelajar anda sendiri.


kembali ke atas