Memohon Janji Temu Kecemasan

Gambaran Keseluruhan

Jika anda perlu ke Amerika Syarikat atas urusan kecemasan, anda mungkin layak untuk janji temu segera.

Kelayakan

Anda mesti memiliki semua dokumentasi yang diperlukan untuk jenis visa yang anda mahukan sebelum anda membuat permohonan ini. Dengan ini dimaklumkan bahawa kenyataan tidak benar mengenai keperluan janji temu kecemasan akan memberi kesan pada kredibiliti kes anda semasa temu duga visa.

    Rawatan Kecemasan

    Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan rawatan kecemasan, untuk mengiringi saudara atau majikan yang mendapat rawatan kecemasan, atau lawatan untuk mengunjungi saudara terdekat (ibu, bapa, adik, kakak, anak, datuk atau cucu) yang menjalani rawatan kecemasan di Amerika Syarikat.
    Bukti yang diperlukan: Surat daripada doktor yang sedang merawat atau akan merawat anda atau yang tersayang. Surat tersebut perlu menyatakan keadaan kesihatan dan situasi kesegeraannya. Anda juga perlu menunjukkan bukti hubungan anda dengan pesakit itu.

    Pengebumian/Kematian

    Tujuan lawatan adalah untuk menghadiri upacara pengebumian atau mengatur penghantaran balik jenazah saudara terdekat (ibu, bapa, adik, kakak, anak, datuk atau cucu) di Amerika Syarikat.
    Bukti yang diperlukan: Surat daripada penjaga rumah mayat yang menyatakan maklumat perhubungan, maklumat jenazah dan tarikh pengebumian. Anda juga perlu menunjukkan bukti bahawa jenazah adalah saudara terdekat.

    Perniagaan

    Tujuan lawatan adalah untuk menghadiri urusan perniagaan oleh itu keperluan lawatan (a) tidak dapat dipastikan lebih awal dan (b) akan mengakibatkan kerugian besar (terlepas tawaran lumayan) jika tidak hadir.
    Bukti yang diperlukan: Surat daripada syarikat berkenaan di Amerika Syarikat dan daripada syarikat Malaysia yang mengesahkan keperluan lawatan tersebut. Surat tersebut perlu menerangkan jenis perniagaan dan kerugian jika janji temu kecemasan tidak dapat dilaksanakan.

Memohon Janji Temu Kecemasan