Lokasi Kutipan Pasport/Visa

Gambaran Keseluruhan

Setelah visa diluluskan, perkhidmatan kurier Aramex akan memulangkan pasport anda ke alamat yang dinyatakan semasa anda menjadualkan janji temu. Pasport anda akan dihantar hanya ke alamat yang anda nyatakan semasa anda menetapkan temu duga visa. Tiada caj tambahan untuk perkhidmatan ini. Kos Aramex memulangkan visa dan pasport anda telah dimasukkan ke dalam yuran permohonan visa.

Cari lokasi kurier Aramex terdekat
Semak status penghantaran pasport anda

Menukar Pilihan Penghantaran

Anda boleh menukar pilihan alamat penghantaran dokumen secara atas talian atau melalui pusat panggilan sehingga 11:59 malam pada hari sebelum temu duga anda. Tiada kos untuk menukar pilihan penghantaran.

Mengambil Pasport/Visa Anda

Aramex menyediakan "perkhidmatan Simpan di Lokasi" iaitu tempat pasport anda disimpan untuk kutipan sekiranya alamat penghantaran tidak dilalui Aramex. Anda boleh melihat senarai lokasi Aramex semasa anda memilih tarikh temu duga dan boleh memilih lokasi paling selesa berdasarkan senarai.

Pasport akan disimpan Aramex selama 15 hari kalendar. Jika anda tidak mengambil pasport anda dalam tempoh tersebut, pasport anda akan dipulangkan ke Kedutaan yang memproses permohonan anda.

Dokumen Sokongan

Untuk mengambil pasport anda dari Aramex,anda perlu menyerahkan pada yang berikut:

  • ID bergambar asal yang di keluarkan oleh kerjaan (cth.NRIC)
  • Surat Pengesahan Temuduga anda.

Jika wakil yang mengambil pasport di Aramex bagi pihak anda – walaupun salah seorang ahli keluarga – wakil tersebut perlu menyerahkan :

  • ID bergambar mereka yang dikeluarkan oleh Kerjaan untuk pengenalpastian
  • Salinan foto ID bergambar anda yang di keluarkan oleh Kerajaan.
  • Surat Pengesahan Temuduga pemohon visa
  • Surat kebenaran,yang ditandatangani oleh anda yang mengandungi maklumat yang berikut:
    • Nama penuh wakil,tarikh lahir dan maklumat seperti dalam ID bergambar
    • Maklumat ID bergambar pemohon yang di keluarkan oleh kerajaan (mesti sama mengikut salinan yang diserahkan oleh wakil.
    • Tandatangan pemohon ATAU tandatangan ibu/bapa jika pemohon bawah umur
    • Tandatangan wakil

Jika pemohon berumur dibawah 16 tahun,berikut adalah document yang di perlukan:

  • Surat kebenaran yang asal ditandatangani oleh salah seorang ibu bapa.
  • Salinan jelas ID bergambar yang dikeluarkan oleh Kerajaan milik ibu bapa yang menandatangani surat kebenaran pemohon.
  • ID bergambar wakil yang asal yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Perhatian : Sekiranya kumpulan/keluarga,sekeping surat kebenaran dengan maklumat yang diperlukan untuk setiap pemohon akan di terima.

Aramex tidak akan dapat menyerahkan pasport jika salah satu documen diatas tidak disediakan.