Pada 25 Oktober, Presiden Biden telah mengumumkan Pengisytiharan Presiden bertajuk “Pengisytiharan bagi Kemajuan Menyambung Semula Keselamatan Perjalanan Global Semasa Pendemik Covid-19”. Pengisytiharan ini, dimana telah berkuatkuasa pada jam 12:01 pagi mengikut waktu Benua pada 8 November, 2021, akan menamatkan sekatan perjalanan di bawah Pengisytiharan Presiden (P.P.) 9984, 9992, 10143, dan 10199 sebagaimana yang telah mereka kaitkan untuk sekatan kemasukkan ke Amerika Syarikat bagi mereka yang telah menghadiri secara fizikal di Brazil, China, India, Iran, Ireland, Kawasan Schengen, Afrika Selatan, dan United Kingdom. Bagi menggantikan sekatan ini, Presiden telah mengumumkan bahawa semua pelancong warga asing dewasa memerlukan vaksinasi global. Maklumat lanjut tentang keperluan vaksinasi global, termasuk butiran tentang pengecualian dan penepian disebabkan oleh kebimbangan kemanusian, ianya boleh di dapati di laman Centers for Disease Control and Prevention.

Selaras dengan pengisytiharan Presiden Biden, mulai pada 8 November, Jabatan Negara boleh memproses permohonan visa untuk individu yang hadir secara fizikal di negara yang terjejas.

Sila ambil perhatian bahawa pembatalan Pengisytiharan Presiden tidak semestinya bermaksud bahawa Kedutaan Amerika Syarikat atau Konsular dapat menjadualkan dengan segera janji temu visa untuk semua pemohon yang terkesan. Sila rujuk laman web Kedutaan/Konsular untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang mereka tawarkan pada masa ini dan arahan tentang cara untuk memohon visa bukan imigran disini.


Perkhidmatan Penghantaran Premium akan berkuat kuasa pada 5 November 2021 dan pemohon akan dikenakan bayaran bergantung pada pengutipan/penyerahan atau lokasi penghantaran ke rumah/pejabat yang dipilih. Pengutipan/Penyerahan pasport dan dokumen di Pejabat Utama Aramex (Petaling Jaya) akan kekal percuma. Apabila anda memilih Pengutipan/Penyerahan dari lokasi Aramex yang lain (Klang, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru), anda perlu membayar yuran sebanyak RM50.00. Perkhidmatan penghantaran ke rumah/pejabat di Semenanjung Malaysia akan dikenakan bayaran sebanyak RM60; Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) akan dikenakan caj sebanyak RM70. Semua yuran akan dikutip terdahulu. Pautan pembayaran akan dihantar kepada anda melalui e-mel dan SMS sebaik sahaja pasport/dokumen anda sedia untuk diambil.

Butiran lanjut akan tersedia tidak lama lagi.


Kedutaan A.S. sedang mengawasi keadaan COVID-19 semasa di Malaysia. Kedutaan akan terus memberikan semua visa imigran dan visa bukan imigran yang terhad, meliputi visa kerja, kru, pelajar dan pertukaran pengunjung, dan visa perjalanan perniagaan / peribadi yang mendesak sebagaimana yang diizinkan oleh sumber dan keadaan tempatan. Pemohon dengan janji temu harus merancang untuk menghadiri temu janji mereka. Sekiranya pemohon tidak dapat hadir kerana sekatan perjalanan di kawasan mereka, mereka harus menjadualkan semula janji temu dalam sistem.

Walaupun matlamat Kedutaan untuk memproses setiap kes secepat yang mungkin, ada kemungkinan masa untuk menunggu untuk menyelesaikan perkhidmatan tersebut akan meningkat di sebabkan terdapat banyak penangguhan. Untuk maklumat lanjut tentang yuran MRV, sila lihat “Pelanjutan Kesahan Bayaran Visa” di ruangan di bawah. Jika anda mempunyai masalah segera dan perlu membuat perjalanan segera, sila ikuti panduan dan maklumat yang disediakan di https://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-emergencyappointment.asp untuk memohon temu janji kecemasan.


Pemegang pasport Malaysia yang sebelum ini memegang visa A.S. mungkin tidak perlu hadir untuk temuduga visa jika mereka layak untuk Pembaharuan Visa Melalui Mel. Maklumat lanjut tersedia di pautan ini.

Setiausaha Blinken, dalam perundingan bersama pihak Department of Homeland Security,telah memperluaskan kemampuan pegawai consular untuk mengecualikan syarat sesi temujanji kepada individu yang memohon visa bukan imigran mengikut klasifikasi yang sama. Sebelum ini, hanya pemohon visa bukan imigran yang telah tamat tempoh dalam masa 24 bulan layak untuk pengecualian temujanji. Setiausaha telahpun melanjutkan buat sementara tempoh tamat kepada 48 bulan.


Berkuat kuasa pada 26 Januari, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) akan menghendaki semua penumpang udara yang memasuki Amerika Syarikat mengemukakan ujian COVID-19 negatif (ujian pengesanan virus untuk SARS-CoV- 2 yang diluluskan atau dibenarkan oleh pihak berkuasa nasional yang berkenaan), yang diambil dalam masa 72 jam sebelum berlepas. Syarikat penerbangan mesti mengesahkan keputusan ujian negatif untuk semua penumpang sebelum menaiki pesawat. Syarikat penerbangan harus menafikan penumpang jika mereka tidak menyediakan dokumentasi ujian negatif atau pemulihan. Keperluan ini tidak berkaitan dengan proses permohonan visa. Semua Proklamasi Presiden yang mengehadkan pelancongan kerana COVID-19 tetap di tempat, dan akan terus terpakai bagi semua pelancong tanpa mengira keputusan ujian atau status vaksinasi mereka. Pengembara yang memegang National Interest Exception juga kekal tertakluk kepada semua keperluan ujian pra-berlepas yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut mengenai pengecualian terhadap syarat ujian, sila klik di sini.

Selain itu, jika anda mengalami simptom seperti selesema, atau percaya anda mungkin terdedah kepada Novel Coronavirus, anda amat digalakkan untuk menangguhkan temujanji anda sekurang-kurangnya 14 hari.


Misi A.S. ke Malaysia memahami bahawa banyak pemohon visa telah membayar yuran pemprosesan permohonan visa dan masih menunggu untuk menjadualkan janji temu visa. Kami berusaha dengan tekun untuk memulihkan semua operasi visa rutin secepat yang mungkin. Sementara itu, yakinlah bahawa Misi A.S. akan memperpanjang kesahihan pembayaran anda (dikenali sebagai bayaran MRV) hingga 30 September 2023, untuk membolehkan semua pemohon yang tidak dapat menjadualkan janji temu akibat penangguhan rutin operasi konsular peluang untuk menjadualkan dan / atau menghadiri janji temu visa dengan bayaran yang telah dibayar. Terus memantau laman web ini untuk mendapatkan maklumat mengenai bila kami akan kembali ke operasi visa rutin.


Memandangkan COVID-19, Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur menggunakan protocol jarak jauh. Sila menghadiri kedutaan pada masa yang tepat dan abaikan untuk menghadiri lebih awal. Sila menjauhkan diri dan jangan berdiri atau duduk rapat dengan pemohon lain yang bukan ahli keluarga terdekat atau pihak pelancongan anda. Sila ikut arahan penyambut dan pengawal di Kedutaan A.S..

Sekiranya anda mengalami gejala seperti selesema atau percaya anda mungkin terdedah kepada wabak coronavirus, sila tunda temuduga anda sekurang-kurangnya 14 hari. Anda dikehendaki memeriksa suhu badan anda di rumah sebelum temuduga dan tinggal di rumah jika anda mempunyai demam (suhu pada atau lebih 37.5 ° c/100 ° f).

Selaras dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Kawalan Penyakit A.S., semua pengunjung Kedutaan A.S. mesti memakai topeng muka atau topeng kain dan memerhatikan protokol jarak jauh yang ditetapkan oleh kakitangan Kedutaan. Kedutaan A.S. tidak akan mengedarkan topeng muka kepada pelawat, sila buat pengaturan untuk diri sendiri.


Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan warga tua yang berumur lebih 80 tahun mungkin tidak perlu hadir secara peribadi untuk temubjanji di Kedutaan. Maklumat lanjut tersedia di pautan ini.


Pemohon visa di bawah 18 tahun dikehendaki menghadiri temuduga visa mereka dengan salah seorang ibu bapa. Ibu bapa pemohon dikehendaki menyediakan sijil kelahiran asal.


Jika anda tiba di Kedutaan dengan alat elektronik yang lain selain daripada telefon bimbit anda, anda KENA PULANG dan perlu menjadualkan semula temujanji anda. Kedutaan TIDAK BOLEH menyimpan beg atau peralatan tablet/komputer.


Gunung Rushmore, Dakota Selatan

Selamat datang ke Perkhidmatan Maklumat Visa Amerika Syarikat Malaysia. Di laman sesawang ini anda boleh mencari maklumat mengenai imigran Amerika dan visa bukan imigran serta syarat-syarat permohonannya. Anda juga boleh mengetahui cara membayar yuran permohonan visa, dan menetapkan janji temu di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Inilah laman sesawang maklumat visa rasmi Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.