Memohon Visa Amerika Syarikat | Kordinator Perjalanan - Malaysia (Bahasa Malaysia)

Kordinator perjalanan

Dalam halaman ini:

Gambaran keseluruhan

Sekiranya anda adalah kordinator perjalanan yang menjadualkan temujanji berulang-kali untuk perantau lain, anda boleh membuat profil kordinator perjalanan di sistem atas talian kami. Selain membuat profil baru untuk setiap pemohon, penambahan ini membolehkan anda untuk mengurus dan menjejak semua pelanggan anda di profil anda. Daripada penambahan, anda bole menjadualkan, menjadualkan semula, membatalkan atau mengesahkan temujanji pelanggan-pelanggan anda di dalam 1 skrin. Ini dapat menyingkirkan keperluan untuk profil nama , kata laluan yang banyak dan menjejak temujanji-temujanji pelanggan. Penambahan ini tidak bertujaun untuk mengantikan temuduga berkumpulan atau pun program-program lain yang disenaraikan dibawah" Program visa tempatan".

Arahan untuk mengakses profil kordinator perjalanan dan menguruskan temujanji pelbagai

Langkah 1
Log masuk dan buat 1 profil di sistem aplikasi atas talian kami. Sekiranya anda sudah mempunyai profil, teruskan ke langkah 2.

Langkah 2
Kirimkan emel ke travel-coordinator@ustraveldocs.com besertakan nombor UID anda di bahagian subjek. Ini membenarkan anda akses menjadualkan temujanji sebagai kordinator perjalanan. Nombor UID anda boleh didapati dibahagian kanan skrin bersebelahan kata nama anda. Anda tidak perlu meletakkan sebarang text di dalam badan emel ini.

Bawah adalah skrinshot yang menunjukkan dimana anda boleh mendapatkan UID setelah log masuk ke profil anda:
UID Location


Langkah 3
Tunggu 5 minit untuk emel anda diproses dan tekan di link Home di bahagian atas kiri. Anda boleh melihat dashboard dan pilihan menu anda telah ditukar. Di bahagian kiri menu boleh didapati pilihan Cari temujanji dan sejarah temujanji.
UID Location


Langkah 4
Sekiranya anda telah bersedia untuk menjadualkan temujanji, tekan jadual temujanji. Anda perlu melengkapkan informasi untuk jenis visa, post, kategory visa, kelas visa dan maklumat pemohon. Sistem tersebut kemudiannya akan memaparkan anda untuk memilih tarikh tertentu untuk temuduga visa pelanggan anda dan akan memberikan maklumat pengesahan.

Langkah 5
Anda boleh terus menambahkan pelanggan lain di profil anda dan menjadualkan lebih banyak temujanji. Sekiranya anda perlu melihat temuduga yang lampau, anda boleh tekan di Cari temujanji atau lihat sejarah temujanji.

Sejarah temujanji membolehkan anda melihat kesemua temujanji anda. Sekiranya anda tekan di simbol tambah hijau, anda boleh melihat snapshot pantas mengenai maklumat pelanggan anda seperti tarikh temujanji, kategori visa, emel pemohon dan UID. Anda juga boleh mengurus senarai tarikh temujanji, jenis visa atau status pelanggan anda.

Nota: Sila ambil perhatian bahawa pilihan “Appointment History” mempunyai had dari segi jumlah rekod temujanji yang disimpan di dalam sistem Oleh itu maklumat di dalamnya tidak harus digunakan sebagai rujukan untuk rekod anda.

UID Location


Cari temujanji membolehkan anda melangsungkan tindakan pada pelanggan anda. Seperti yang ditunjukkan di paparajah di bawah, anda boleh mengesahkan, batal atau menjadualkan semula temujanji.
UID Location


Maklumat selanjutnya

Nota: Sekiranya anda menukarkan akses individu ke profil kordinator perjalanan, anda tidak boleh menjadualkan temuduga untuk diri sendiri. Untuk menjadualkan temujanji anda sendiri, kirimkan sebuah lagi emel ke travel-coordinator@ustraveldocs.com besertakan nombor UID anda di bahagian subjek. Ini akan membatalkan profil kordinator perjalanan anda. Ketika anda menjadualkan temujanji, anda perlu memhapuskan kesemua temujanji yang lampau di srin dependant. Setelah anda menjadualkan temujanji, kirimkan emel skali lagi dan akses anda akan diaktifkan semula.