Program Pengecualian Temujanji Visa

Gambaran Keseluruhan:


Kelayakan

Pemohon yang memenuhi salah satu daripada kriteria berikut tidak perlu menghadiri sesi temuduga visa di Kedutaan Amerika Syarikat:

  • Pemegang pasport Malaysia yang berumur 80 tahun dan ke atas.
  • Pemegang pasport Malaysia di bawah umur 14 tahun yang salah seorang ibu bapa memiliki AS visa yang sah.

* Pemohon perlu membayar yuran permohonan visa,tetapi tidak perlu membuat temujanji melalui laman web kami.

Dokumen yang diperlukan

  • Mukasurat pengesahan DS-160
  • Bayaran Visa Resit dari Bank
  • Pasport (semasa dan mana-mana pasport sebelum ini yang mengandungi visa Amerika Syarikat yang sah)
  • Satu gambar terkini (dengan latar belakang berwarna putih sahaja)

Pemohon di bawah umur 14 tahun:

  • Sijil kelahiran yang asal
  • Salinan pasport mukasurat biografi ibu bapa dan salinan visa A.S mereka yang sah
  • Surat dari majikan ibu bapa

Lokasi menghantar dokumen

Dokumen boleh dihantarkan ke salah satu lokasi yang ditetapkan dan pasport akan dikembalikan melalui perkhidmatan kurier atau sedia untuk pungutan sendiri di lokasi kurier yang ditetapkan. Sila rujuk halaman ini untuk semua butiran lokasi penghantaran passport.