Temuduga Berkumpulan

Pada halaman ini:


Gambaran keseluruhan

Contoh kumpulan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pelatih profesional dan kumpulan pelancongan. Kumpulan tersebut mesti mempunyai sekurang-kurangnya 15 pemohon, jika bilangan ahli pemohon tidah melebihi 15 pemohon, pemohon dikehendaki memohon secara berasingan.

Sila ambil perhatian bahawa adalah wajib untuk memuat naik senarai nama ahli-ahli kumpulan dan surat jemputan dari AS dengan permohonan anda. Sila hantar nama penuh dan tarikh lahir untuk setiap pemohon dengan lengkap. Sekiranya anda gagal menyediakan senarai penuh butir-butir ahli kumpulan dengan lengkap, permintaan temu janji berkumpulan anda tidak akan dipertimbangkan. Terima kasih di atas kerjasama anda.

Cara Memohon

Langkah 1

Penyelaras Kumpulan yang di tetapkan menggunakan sistem temujanji dalam talian sila klik di

Schedule Group Appointment

untuk memohon temujanji berkumpulan. Ianya tidak mustahil untuk menyerahkan permohonan melalui agensi.Apabila permohonan telah di serahkan,perlu tunggu maklum balas dari Kedutaan dimana akan diterima melalui e-mel.

Sila JANGAN menambah ahli kumpulan/tanggungan sebelum anda menerima e-mel yang memaklumkan permohonan berkumpulan anda telah menerima kelulusan daripada Konsular atau Kedutaan. Anda akan menambahkan ahli kumpulan/tanggungan hanya selepas anda menerima pengesahan dari e-mel.

Langkah 2

Apabila Kedutaan telah meluluskan permohonan,ketua ahli kumpulan akan menerima e-mel meminta mereka untuk kembali ke halaman profil untuk menetapkan temujanji bagi setiap ahli dalam kumpulan.Agen panggilan dalam talian tidak boleh menetapkan temujanji berkumpulan,tetapi mereka boleh membantu untuk setiap persoalan. Sekiranya Kedutaan menolak permohonan untuk temujanji berkumpulan, pemberitahuan juga akan dihantar melaui e-mel. Dalam kes ini,setiap ahli kumpulan mesti menjadualkan temujanji secara individu.

Nota: E-mel yang mengesahkan atau menolak permintaan anda akan dihantar melalui  no-reply@ustraveldocs.com. Jika anda tidak menerima pemberitahuan e-mel anda, sila dapatkan mesej dalam “junk” atau spam folder e-mel anda.

Langkah 3

Setiap individu harus membayar yuran visa,walaupun ia adalah temuduga berkumpulan. Jika bayaran dibuat secara pukal, setiap individu akan menerima nombor resit bagi setiap transaksi dan perlu menggunakan nombor resit ini untuk memohon temujanji.

Jenis Visa Penerangan Yuran Kuantiti
B Visa Perniagaan/Pelancongan $160
C-1 Transit $160
C-1/D Tansit dan Krew Kapal Terbang $160
CW Pekerja Peralihan CNMI $190
D Krew Kapal $160
E Perjanjian Trader / Pelabur, Australia Profesional , Jangka Panjang Pelabur CNMI $205
F Pelajar (akademik) $160
H Pekerja Sementara / bermusim dan Pekerjaan, Pelatih $190
I Wartawan dan Media $160
J Pelawat program pertukaran $160
L Perpindahan dalaman syarikat $190
M Pelajar - vokasional $160
O Warganegara luar dengan kebolehan luar biasa dalam bidang sains, kesenian, pendidikan, perniagaan atau sukan $190
P Ahli sukan, artis, penghibur $190
Q Program pertukaran kebudayaan antarabangsa $190
R Pekerja Keagamaan $190
T Mangsa pemerdagangan manusia $160
TN/TD Pekerja profesional NAFTA: Mexico, Kanada $160
Langkah 4

Setiap ahli kumpulan harus melengkapkan borang DS-160 melalui atas talian dan mencetak halaman pengesahan DS 160.

Langkah 5

Penyelaras kumpulan kembali ke profil pemohon di sistem temujanji dalam talian dan tekan pada

Group

butang untuk memulakan temu janji berkumpulan. Penyelaras kumpulan perlu memiliki tiga jenis maklumat di dalam tangan tentang setiap ahli kumpulan:

  • Pasport ahli kumpulan dengan nama penuh pemohon, nombor pasport, tarikh lahir, tarikh luput pasport dan data penting yang lain pada laman mukasurat passport
  • Nombor resit untuk semua pemohon. Klik sini untuk mendapatkan bantuan bagi mendapatkan nombor ini.
  • Sepuluh (10) digit nombor bar kod daripada halaman pengesahan borang DS-160
Langkah 6

Penyelaras kumpulan memilih permintaan pelantikan kumpulan yang diluluskan yang sepadan dengan kumpulan yang betul, seperti di bawah:

Select the Approved GA Request

Jika Penyelaras kumpulan sering membuat temujanji kumpulan, ini adalah penting untuk memilih permintaan kumpulan yang betul.

Langkah 7

Setiap ahli kumpulan yang ditambah sebagai 'ahli tangunggan' dibawah profilpenyelaras kumpulan. Penyelaras kumpulan tersebut boleh memilih samada untuk menjadi ahli kumpulan tersebut atau tidak.

Langkah 8

Pemohon temu janji berkumpulan yang pergi untuk temuduga di Kedutaan A.S. pada tarikh dan masa yang ditetapkan dikehendaki membawa salinan surat temujanji yang dicetak, halaman pengesahan DS 160, satu keping gambar yang diambil dalam tempoh enam bulan lepas, pasport terkini dan semua pasport lama, dan juga resit bayaran yuran yang asal. Pemohon yang tidak menyediakan dokumen ini tidak akan dibenarkan masuk untuk menghadiri temuduga.

Nota: Jika anda mempunyai sebarang soalan tambahan mengenai temu janji berkumpulan, sila layari   Tutorial untuk Penetapan Temu Janji Berkumpulan bagi arahan yang lebih terperinci.

Perkara penting yang perlu diingat
  • Setelah permintaan untuk temu janji berkumpulan telah diluluskan,kumpulan tersebut diberi masa terhad untuk menyiapkan dari langkah satu sehingga langkah keenam. Biasanya ia dalam jangka masa tujuh hari akan tetapi penyelaras kumpulan itu perlu merujuk kepada pengesahan yang diterima melalui emel. Sekiranya permintaan itu telah tamat, penyelaras kumpulan terbabit kena memulakan kembali proses dan mengemukakan permintaan yang baru.
  • Penyelaras kumpulan perlu mengikut langkah 1, 2, 3 dan 5 untuk setiap ahli kumpulan. Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang DS-160 secara individu.
  • Jika ahli kumpulan telah dijadualkan temu janji secara individu maka dia tidak layak untuk menjadi ahli kumpulan. Dia mesti menghadiri temuduga visa sahaja.
  • Jika pemohon berkumpulan yang memohon di bawah kelulusan petisyen 1-797,seperti pemohon visa H2A,H2B or H3,dalam Step One penyelaras kumpulan perlu memuat naik salinan yang mudah di baca mengenai 1-797 yang diluluskan sebagai sebahagian yang di minta.