Pegawai Kerajaan dan Diplomatik

Maklumat Tambahan

Gambaran Keseluruhan

Mulai pada 5 Disember 2016, waktu untuk penyerahan permohonan di Bahagian Konsular bagi Pegawai & Visa Diplomatik A.S. akan berubah kepada 10.30-11.30 pagi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat (kecuali cuti Malaysia dan Amerika) (sekeping Nota Diplomatik diperlukan untuk memasuki ke kawasan seksyen Konsular untuk penyerahan dokumen).

Bagi permohonan yang diserahkan pada hari Jumaat dan Isnin, pasport boleh diambil pada hari Rabu berikutnya;pada mereka yang menyerahkan pada hari Rabu, pasport boleh diambil pada hari Jumaat. 

Visa Rasmi dan Diplomatik masih gratis (tidak perlu membayar yuran permohonan visa) dan tidak perlu ditemuduga. Dokumen yang diwajibkan untuk permohonan visa rasmi dan diplomatik adalah:

  • Pasport yang sah,
  • Gambar untuk visa (50mm X 50mm, dengan latar belakang berwarna putih yang telah diambil dalam masa enam bulan yang lalu) (Mulai November 1, 2016, cermin mata tidak lagi dibenarkan dalam foto visa. Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan foto sila layari: https://travel.state.gov/content/travel/en/us-visas/visa-information-resources/photos.html)
  • Surat pengesahan DS-160 anda, dan
  • Nota Diplomatik yang asli.