Program Penepian Visa

Dalam halaman ini:


Gambaran Keseluruhan

Program penepian visa (VWP) membolehkan warganegara dari sesetengah negara untuk membuat perjalanan ke Amerika Syarikat dengan tujuan pelancongan atau bisnes (tujuan-tujuan visa pelawat) yang akan menetap selama 90hari atau kurang tanpa memerlukan visa. Tidak semua negara yang menyertai VWP, dan bukan semua pelancong dari negara VWP akan layak untuk program tersebut. Pelancong VWP perlu memohon kebenaran melalui Sistem elektronik untuk kebenaran perjalanan (ESTA), dan akan disaring ketika di pelabuhan kemasukkan ke Amerika Syarikat, dan juga akan didaftarkan dalam program Lawat-US dibawah Jabatan keselamatan dalam negeri.

*Ahli Negara

Andorra
Australia
Austria
Belgium
Brunei
Chile
Czech Republic
Denmark
Estonia
Finland
France
Germany
Greece

Hungary
Iceland
Ireland
Italy
Japan
Latvia
Liechtenstein
Lithuania
Luxembourg
Malta
Monaco
New Zealand

Norway
Portugal
Republic of Korea
San Marino
Singapore
Slovakia
Slovenia
Spain
Sweden
Switzerland
Taiwan
The Netherlands
United Kingdom

Warganegara dari negara-negara ahli boleh melawat tanpa memerlukan visa dengan tujuan pelancongan atau bisnes selama 90hari atau kurang jika mereka memenuhi keperluan berikut:

  • Mempunyai passport yang berserta chip integrasi (E-pasport)
  • Memdaftar atas talian melalui system elektronk untuk kebenaran perjananan
  • Memenuhi criteria VWP seperti dibawah

Untuk warganegara Canada, Mexico, dan British Overseas of Bermuda, sila lawat Website perjalana Jabatan negeri.

*Dengan merujuk semua sumber pada negara atau negara-negara dalam halaman ini, perlulah diambil perhatian bahawa Taiwan Relations Act of 1979, Pub. L. No. 96-8, Section 4(b)(1), menyatakan bahawa “apabila undang-undang United States merujuk atau berkait dengan negara-negara asing, negeri-negeri, kerajaan, atau entiti yang sama, terma ini perlu dimasukkan dan undang-undang ini perlu diaplikasikan dengan Taiwan. 22 U.S.C § 3303(b)(1). Aturannya, merujuk kepada negara atau negara-negara di dalam undang-undang yang ditetapkan Visa Waiver Program , Section 217 of the Immigration and Nationality Act, 8 U.S.C.1187, telah dinyatakan untuk memasukkan Taiwan. Hal ini adalah konsisten dengan One-China polisi United States, di mana United States telah mengekalkan ikatan tidak rasmi dengan Taiwan semenjak 1979.

Kelayakan

Untuk memasuki Amerika Syarikat dengan program penepian visa, pelawat mestilah:

  • Salah satu warganegara dari negara yang disenaraikan diatas, dan memegang paspot yang mematuhi VWP.
  • Memperolehi kebenaran dari ESTA
  • Menginap 90 hari atau kurang di Amerika Syarikat
  • Bercadang untuk berjalan disebabkan oleh:
    A. Bisnes – Tujuan perjalanan anda adalah untuk berunding dengan rakan bisnes, berjalan dengan tujaun saintifik, pelajaran, professional atau konvensyen bisnes, atau persidangan pada tarikh tertentu, menyelesaikan sesebuah estet, atau berunding kontrak.
    B. Pelancongan/keseronokkan – Tujuan perjalanan anda adalah untuk tujuan rekreasi semata-mata, termasuk pelancongan, percutian (Cuti), hiburan, melawat kawan atau saudara, rehat, rawatan perubatan, aktiviti persaudaraan, social, atau servis semata-mata, dan pernyertaan oleh amatur, yang tidak akan dapat sebarang imbuhan, dalam musical, sukan dan peristiwa atau pertandingan yang serupa.
    C. Transit – Jika perjalanan anda akan melalui Amerika Syarikat.

DAN jika kemasukkan ke Amerika Syarikat adalah melalui udara atau laut haruslah:

  • Memegang tiket pulang atau destinasi seterusnya. Jika perjalanan menggunakan tiket elektronik, satu salinan jadual mestilah dibawa dan berikan kepadan pegawai immigrant untuk semakan. Pengunjung yang tiket perjalanan seterusnya yang akan bertamat di Mexico, Canada, Bermuda atau Pulau Caribbean mestilah penduduk sah kawasan disana.
  • Memasuki ke Amerika Syarikat menaiki Karier Udara atau laut yang telah bersetuju untuk menyertai program ini. Ia termasuk kapal terbang korperasi Amerika Syarikat yang termasuk sebahagian dalam persetujuan Jabatan keselamatan dalam negeri untuk membawa penumpang-penumpang dibawah program penepian visa.

Jika kemasukkan ke Amerika Syarikat adalah melalui darat dari Kanada atau Mexico, dokumen-dokumen yang diperlukan adalah sama, kecuali tidak perlu mempunyai tiket pergi balik atau penandatangan karier. Anda perlu memuaskan pegawai semakan yang anda mempunyai wang yang secukupnya untuk anda menetap dan berangkat dari Amerika Syarikat.

Sistem Elektronik untuk Kebenaran Perjalanan (ESTA)

Mulai 1 April, 2016, kepada mereka yang dapat melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat melalui Program Pengecualian Visa mesti mempunyai pasport elektronik yang sah. Peraturan ini terpakai walaupun kepada mereka yang mempunyai Sistem eletronik untuk Kebenaran Perjalanan (ESTA) yang sah. Pasport elektronik mempunyai simbol ini di muka depan mereka:.

 

Sekatan ini tidak dikenakan kepada pelancong VWP yang kehadirannya mana-mana negara adalah untuk melaksanakan perkhidmatan tentera dalam angkatan tentera sebuah negara VWP, atau untuk menjalankan tugas rasmi sebagai pekerja sepenuh masa kerajaan sesuatu negara VWP.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri boleh mengetepikan sekatan VWP ini jika dia memutuskan bahawa pengecualian adalah dalam penguatkuasaan undang-undang atau kepentingan keselamatan negara Amerika Syarikat. pengecualian tersebut akan diberikan hanya atas dasar kes demi kes. Sebagai perkara umum, kategori pelancong yang mungkin layak untuk pengecualian termasuk:Individuals who have traveled to Iraq, Iran, Syria, Sudan, Libya, Somalia, dan / atau Yemenon pihak organisasi antarabangsa, organisasi serantau, atau kerajaan sub-nasional bertugas rasmi;

  • Individu yang telah mengembara ke Iraq, Iran, Syria, Sudan, Libya, Somalia, dan / atau Yaman Bagi pihak yang pertubuhan bukan kerajaan kemanusiaan (NGO); dan
  • Individu yang telah mengembara ke Iraq, Iran, Syria, Sudan, Libya, Somalia, dan / atau Yaman Sebagai wartawan untuk tujuan pelaporan.
  • Individu yang pergi ke Iran untuk tujuan yang berkaitan dengan perniagaan yang sah berikutan tamatnya Rancangan Bersama Komprehensif Tindakan (14 Julai, 2015); dan
  • Individu Yang Telah PERGI KE Iraq Tujuan Untuk Yang Berkaitan Dengan Perniagaan Yang sah

Borang permohonan ESTA yang telah dikemaskini dan tersedia. Bentuk baru mengandungi soalan tambahan untuk menangani keperluan perjalanan kelayakan baru yang dipanggil dalam Akta. Kami menggalakkan pelancong memohon ESTA untuk menggunakan sistem yang dipertingkatkan, yang akan membantu dalam menentukan individu pada pemberian potensi pengabaian. Tiada permohonan berasingan untuk pengecualian.

Pemegang ESTA semasa perlu menyemak status ESTA mereka sebelum perjalanan di laman web CBP, https://esta.cbp.dhs.gov/esta/.

Tempoh sah laku passport: Pelawat yang datang ke Amerika Syarikat perlu mempunyai passport yang sah untuk enam bulan melebihi cadangan tempoh menetap mereka di Amerika Syarikat. Warganegara dari negara-negara yang tersenarai dalam Six Month Club Update adalah dikecualikan pada peraturan 6 bulan dan hanya perlu mempunyai passport sah sepanjang cadangan tempoh menetap. Jika perjalanan anda adalah visa percuma dibawah program penepian visa, passport anda perlukan sah laku sekurang-kurangnya 90hari. Jika passport anda tidak sah laku selama 90 hari, anda akan di masukkan ke Amerika Syarikat sehingga tarikh dimana passport anda luput.

Jika anda Pelawat dari negara VWP dan passport anda tidak memenuhi keperluan ini, anda mungkin perlu mempertimbangankan untuk memperolehi VWP yang baru. Patuhan passport oleh penerbit passport yang dibenarkan dari negara pemaustatin. Jika tidak, anda tidak boleh membuat perjalanan dibawah VWP dan anda wajib mendapatkan visa di passport anda unutk kemasukkan ke Amerika Syarikat.

Tidak layak

Sesetengah pelawat mungkin tidak layak untuk memasuki Amerika Syarikat menggunakan visa percuma dibawah VWP. Ini termasuk orang yang pernah ditahan, walaupun tahanan tersebut tidak menyebabkan kesabitan jenayah, semua rekod jenayah (Walaupun pengampunan, amnesty, atau sebarang tindakan pengampunan), sesetengah kesakitan berjangkit yang serius, kepada sesiapa yang pernah dinafikan kemasukkan, atau yang pernah dideportasi dari Amerika Syarikat, atau pernah sebelumnya menetap berlanjutan ketika dalam program penepian visa. Pelawat sedemikian mestilah memohon untuk visa. Jika mereka cuba membuat perjalanan tanpa visa, mereka bakal akan ditolak dari kemasukkan ke Amerika Syarikat.

Di bawah Program Pengecualian Visa dan Akta Pencegahan Pengganas 2015, mereka yang telah pergi atau hadir di Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria, atau Yemen pada atau selepas 1 Mac 2011 (dengan pengecualian yang terhad untuk tujuan perjalanan diplomatik atau tentera yang berkhidmat di suatu negara VWP) ATAU pelancong yang juga warga Iran, Iraq, Sudan, dan/atau Syria tidak lagi layak untuk perjalanan di atas VWP.

Pelawat yang mempunyai kesalahan trafik yang kecil dimana mereka tidak ditahan atau disabitkan kesalahan boleh menggunakan perjalanan visa percuma, dengan syarat mereka layak. Jika kesalahan trafik berlaku ketika anda berada di Amerika Syarikat dan anda mempunyai baki denda terhadap anda atau anda tidak bercadang untuk ke mahkamah, ada kemungkinan waran tangkap telah dikeluarkan untuk anda dan anda akan menpunyai masalah ketika cuba memohon kemasukkan ke Amerika Syarikat. Oleh itu, Anda harus menyelesaikan isu tersebut sebelum anda membuat perjalanan dengan menghubungi pihak mahkamah dimana anda perlu tampil. Jika anda tidak tahu alamat mahkamah, informasi ini boleh didapati dari laman jarring di: www.refdesk.com.

Perjalana visa percuma tidak termasuk mereka yang bercadang untuk belajar, bekerja atau menetap di Amerika Syarikat melebihi 90 hari atau akan membuat pernukaran status (dari pelancong ke pelajar dll) dimasa depan ketika di Amerika Syarikat. Pelawat sedemikian perlukan visa. Jika pegawai immigresen percaya bahawa pelawat visa percuma akan kesana untuk belajar, bekerja atau menetap melebihi 90 hari, pegawai tersebut akan menolak kemasukkan pelawat tersebut.

Penolakkan ESTA

Pelawat yang pernah ditolak permohonan ESTA tidak boleh membuat perjalanan dibawah VWP. Sila pohon visa sebelum keberangkatan.

Pemohon dari kanada, Mexico dan Bermuda

Kanada,Mexico dan Bermuda adalah bukan peserta Program Penepian Visa. Akta immigrant dan kewarganegaraan menyediakan keperluan lain untuk pejalanan tanpa visa kepada warga Negara Kanada dan Bermuda dibawah sesetengah keadaan. Lihat Citizens of Canada dan Bermuda. Disebabkan mereka bukan sebahagian daripada Program penepian visa, keperluan untuk VWP untuk passport machine –readable dan biometrik tidak boleh di applikasi pada warga Kanada, Mexico dan Kanada. Lagi, ia perlu di notakan bahawa sesetengah warga kanada dan Bermuda yang membuat perjalanan ke Amerika Syarikat memerlukan visa bukan immigrant

Infomasi lanjut

Pelajari lebih lanjut mengenai Program penepian visa di laman web Jabatan hal ehwal negeri.

Semak kepentingan DHS advisory Warning mengenai laman-laman web aplikasi pihak ketiga ESTA yang tidak dibenarkan.

Proses ini dimiliki oleh Jabatan keselamatan dalam negeri. Sebarang pertanyaan mengenai proses ESTA boleh dirujuk ke Jabatan keselamatan dalam negeri.