Yuran Visa

Dalam halaman ini:


Gambaran Keseluruhan

Pemohon visa, termasuk kanak-kanak, dikehendaki membayar yuran permohonan visa, kadang kala dikenali sebagai yuran MRV sebelum memohon visa bukan imigran. Yuran permohonan visa mesti dibayar sama ada visa dikeluarkan atau tidak. Jenis visa yang anda mohon menentukan jumlah yurannya. Laman sesawang ini menyenaraikan yuran permohonan visa mengikut setiap jenis visa bukan imigran.

Yuran permohonan visa anda tidak akan dikembalikan. Anda akan menerima resit selepas membayar yuran permohonan. Resit ini adalah sah selama satu tahun dari tarikh pembayaran dan membolehkan anda untuk menjadualkan temu duga di Kedutaan AS. Anda perlu menghadiri temuduga dalam tempoh pembayaran resit tersebut yang bermaksud temuduga anda perlu ditempah dalam tempoh setahun dari tarikh pembayaran yuran anda. Jika anda tidak menjadualkan temu janji dalam masa setahun selepas pembayaran, resit anda akan luput, anda tidak akan dapat untuk menjadualkan temu janji, dan anda perlu membayar yuran baru sekali lagi untuk meneruskan penjadualan. Selepas anda menggunakan resit untuk menjadualkan temu bual, anda tidak boleh memindahkan bayaran permohonan kepada pemohon yang lain.

Sila maklum bahawa hanya yuran permohonan bagi visa bukan imigran disenaraikan di sini. Maklumat tentang yuran visa yang dibayar terus ke Pusat Visa Negara, ke Kedutaan Amerika atau ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri boleh didapati di sini.

Maklumat Bayaran

Walaupun yuran disenaraikan dalam mata wang U.S., bayaran perlu dibuat mengikut mata wang tempatan. Anda boleh membayar yuran visa anda secara tunai di mana-mana cawangan AmBank, pemindahan dana elektronik atau JOMPAY. Maklumat lanjut tentang pilihan bayaran di sini.

Yuran Visa tidak akan dikembalikan. Jika anda ada masalah dengan pembayaran atau anda percaya pembayaran anda tidak berjaya, JANGAN BAYAR YURAN UNTUK KALI KEDUA kerana ia tidak akan dikembalikan. Sila e-mel pusat sokongan kami di support-malaysia@ustraveldocs.com bersama-sama dengan salinan resit bayaran anda dengan masalah anda dan kami akan menyiasat.

Sekatan

Yuran permohonan visa anda tidak akan dipulangkan dan anda tidak boleh memindahkannya kepada orang lain. Ada akan menerima resit setelah membayar yuran permohonan. Resit ini sah untuk setahun daripada tarikh bayaran dan membenarkan anda untuk menetapkan temu duga di Kedutaan Amerika. Anda perlu menetapkan temu duga semasa resit anda masih sah, bermaksud temu duga anda mesti ditetapkan dalam tempoh setahun selepas pembayaran yuran. Jika anda tidak menetapkan temu duga dalam masa setahun selepas pembayaran, resit anda akan luput tempoh, dan anda tidak boleh menetapkan temu duga. Anda juga perlu membayar yuran sekali lagi untuk memulakan kembali proses.

Jenis Visa dan Jumlah Yuran Permohonan

Sila semak jadual di bawah dengan teliti untuk mengetahui yuran bayaran yang tepat. Sekiranya pembayaran tidak mencukupi, anda perlu membuat pembayaran baharu untuk jumlah yang tepat dan TIDAK AKAN menerima bayaran balik untuk amaun pembayaran yang tidak tepat. Sekiranya berlaku lebihan ketika pembayaran, anda TIDAK AKAN menerima bayaran balik untuk amaun tersebut.

Visa Types and Application Fee Amounts - Sorted by Fee Class
Fee Amount (USD) Fee Amount (MYR) Visa Type Description
$160 N/A B Business/Tourist
$160 N/A C-1 Transit
$160 N/A D Ship/Airline Crew
$160 N/A F Student (academic)
$160 N/A I Journalist and Media
$160 N/A J Exchange Visitors
$160 N/A M Student (vocational)
$160 N/A T Victim of Human Trafficking
$160 N/A TN/TD NAFTA Professionals
$160 N/A U Victim of Criminal Activity
$190 N/A H Temporary/Seasonal Workers and Employment, Trainees
$190 N/A L Intracompany Transferees
$190 N/A O Persons with Extraordinary Ability
$190 N/A P Athletes. Artists & Entertainers
$190 N/A Q International Cultural Exchange
$190 N/A R Religious Worker
$265 N/A K Fiancé(e) or Spouse of U.S. Citizen
$205 N/A E Treaty Trader/Investor, Australian Professional Specialty
Visa Types and Application Fee Amounts - Sorted by Visa Type
Visa Type Description Fee Amount (USD) Fee Amount (MYR)
B Business/Tourist $160 N/A
C-1 Transit $160 N/A
D Ship/Airline Crew $160 N/A
E Treaty Trader/Investor, Australian Professional Specialty $205 N/A
F Student (academic) $160 N/A
H Temporary/Seasonal Workers and Employment, Trainees $190 N/A
I Journalist and Media $160 N/A
J Exchange Visitor $160 N/A
K Fiancé(e) or Spouse of U.S. Citizen $265 N/A
L Intracompany Transferees $190 N/A
M Student (vocational) $160 N/A
O Persons with Extraordinary Ability $190 N/A
P Athletes. Artists & Entertainers $190 N/A
Q International Cultural Exchange $190 N/A
R Religious Worker $190 N/A
T Victim of Human Trafficking $160 N/A
TN/TD NAFTA Professionals $160 N/A
U Victim of Criminal Activity $160 N/A

Jenis Visa Lain dan Syarat Tanpa Yuran

  • Pemohon visa A, G, C-2, C-3, NATO, dan visa diplomatik (seperti dimaksudkan dalam 22 CFR 41.26)
  • Pemohon yang memegang visa J yang menyertai pendidikan tajaan kerajaan AS dan pertukaran kebudayaan.
  • Pengganti visa bacaan mesin apabila visa asal tidak dilekat dengan sempurna atau visa perlu dikeluarkan sekali lagi yang bukan merupakan kesalahan pemohon
  • Pemohon yang dikecualikan oleh perjanjian antarabangsa seperti ditetapkan oleh Perkhidmatan Visa, termasuk ahli dan pekerja misi pemerhati di bawah Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu yang diiktiraf oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu dan keluarga terdekat
  • Pemohon yang berkunjung untuk kerja-kerja kebajikan seperti yang ditetapkan oleh Perkhidmatan Visa
  • Pekerja Kerajaan AS yang berkunjung atas urusan rasmi
  • Ibu bapa, adik beradik, pasangan atau anak kepada pekerja Kerajaan AS yang terbunuh semasa bertugas dan berkunjung untuk melawat pengebumian pekerja tersebut; atau ibu bapa, adik beradik, pasangan atau anak kepada pekerja Kerajaan AS yang cedera parah semasa bertugas yang melawat semasa rawatan kecemasan dan pemulihan

Yuran-yuran lain

Dalam kes-kes yang tertentu, yuran visa tambahan dibayar terus ke Pusat Visa Negara, Kedutaan A.S. atau Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Yuran ‘Blanket L’ (Pencegahan Penipuan dan Pengesanan Bayaran)
Pemohon prinsipal kali pertama yang dilindungi dibawah 'blanket L' diwajibkan membayar yuran 'Fraud Prevention and Detection' sebanyak US$ 500.Pembayaran ini harus dibuat kepada juruwang di kedutaan pada hari temu duga.Pemohonan berdasarkan borang I-129S visa L-1 berikutnya ,bayaran 'Fraud Prevention and Detection' perlu dibuat sekali lagi.

Yuran Pengeluaran (‘Reciprocity’) Visa Bukan Immigran

Pemohon dari negara tertentu perlu membuat bayaran yuran visa pengeluaran setelah diluluskan. Pembayaran yuran adalah berdasarkan 'Reciprocity' ( Pembayaran yang dikenakan oleh negara lain untuk warganegara Amerika Syarikat)Pihak Amerika Syarikat bernekad untuk membubarkan yuran visa pengeluaran,walau bagaimana pun,apabila kerajaan luar negara mengenakan bayaran terhadap warganegara Amerika Syarikat untuk kelas visa tertentu,Amerika Syarikat akan mengenakan bayaran yuran 'reciprocity' terhadap negara luar atas kelas visa tertentu.Maklumat terperinci mengenai yuran visa pengeluaran boleh didapati melalui laman web Jabatan Negeri mengikut kewarganegaraan.

Yuran SEVIS 

Program Sistem Maklumat Pelajar dan Pertukaran Pelawat (SEVIS) adalah sistem berasaskan internet yang boleh menjejak pemohon-pemohon visa F,M dan J ( dan ahli keluarga) sejak mereka menerima dokumen pertama ( I-20 atau DS-2019) sehingga mereka menamatkan atau menghabiskan pembelajaran mereka.

Pemohon utama visa F,M dan J: Sila semak dengan pihak universiti di Amerika Syarikat dan memastikan maklumat anda telah dimasukan dalam sistem SEVIS.Pembayaran tambahan yuran SEVIS akan dikenakan beserta pambayaran yuran visa. Pembayaran SEVIS pemohon visa pelajar dengan I-20 bukan imigran adalah US$ 200. Manalaka untuk pemohon visa pelawat pertukaran dengan DS-2019 adalah US$ 180.Bukti pembayaran SEVIS untuk visa pelajar atau visa pelawat pertukaran perlu disertakan sebelum visa dikeluarkan. Cara pembayaran yuran SEVIS boleh didapati disini.

Yuran Pengecualian SEVIS

Pemohon yang ditaja oleh kerajaan Amerika Syarikat ( program dengan kod G-1,G-2,G-3,G-7) dikecualikan daripada pembayaran SEVIS.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kadar pertukaran konsular, sila klik di sini, buat satu profil, jawab lima soalan mudah untuk kami menentukan jumlah pembayaran yang anda perlu bayar.