Memohon Visa

Gambaran Keseluruhan

Sila pastikan sama ada anda perlu memohon visa. Jika anda seorang rakyat Malaysia atau warganegara dari negara yang menyertai Program Penepian Visa, atau telah pun mempunyai visa Amerika yang sah, anda tidak perlu memohon visa Amerika yang baru.

Jika anda perlu memohon visa bukan imigran, sila ikuti langkah di bawah.

Bagaimana untuk Memohon Visa Bukan Imigran

Langkah 1
Untuk pemohon Visa Bukan Imigran:

Tentukan jenis visa anda dengan merujuk kebiasaan Visa Bukan Imigran. Setiap jenis visa akan diterangkan kelayakan dan syarat permohonan. Pilih jenis visa yang bertepatan dengan situasi anda.

Pastikan anda mengimbas Program Pengecualian Visa. Sekiranya negara anda menyertai Program Pengecualian Visa anda tidak perlu memohon visa jika anda melawat untuk tujuan perniagaan atau keseronokan dan hanya akan berada di Amerika Syarikat selama 90 hari atau kurang.

Langkah 2
Setelah anda telah menentukan jenis visa yang tepat, anda hendaklah membayar yuran visa. Halaman yuran visa menyenaraikan jenis visa dan berkaitan yuran visa di dalam dollar Amerika Syarikat dan matawang tempatan.

Untuk membayar yuran visa, baca halaman Bank dan Pilihan Pembayaran. Halaman ini akan menerangkan bagaimana untuk membuat pembayaran yuran visa. Anda hendaklah menyimpan nombor resit untuk menjadualkan temujanji visa anda.

Langkah 3
Langkah seterusnya ialah melengkapkan borang DS160. Pastikan anda membaca Panduan Melengkapkan Borang DS-160 dengan teliti. Semua maklumat hendaklah betul dan tepat. Selepas borang tersebut dihantar, anda tidak boleh membuat sebarang perubahan. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berhubung dengan peguam imigrasi atau penterjemah.

Langkah 4
Anda telah hampir bersedia untuk membuat penjadualan untuk temujanji visa!

Sekarang anda perlu membuat profil dalam sistem kami. Ikut sambungan ini dan klik Pengguna Baru.

Lengkapkan semua ruangan dan buat kata laluan. Setelah anda berada di dalam sistem, anda akan lihat di papan utama.

Klik pada penjadualan temujanji di pilihan sebelah kiri.

Kini, proses untuk penjadualan temuduga anda akan bermula. Anda akan memerlukan:

      • Nombor passport anda
      • Nombor resit MRV
      • Sepuluh (10) digit nombor kod bar daripada halaman konformasi borang DS-160

 

Setelah kesemua proses diikuti, anda bolehlah memilih jenis visa, memasukkan maklumat peribadi, menambahkan jumlah tanggungan,memilih lokasi penghantaran dokumen, menetapkan pembayaran visa dan akhir sekali membuat penjadualan temuduga.

Langkah 5
Layari Kedutaan A.S mengenai tarikh dan masa penjadualan visa. Pastikan anda memeriksa halaman Membuat Penjadualan Saya berkenaan dengan dokumen yang diperlukan untuk menghadiri temujanji.

Langkah 6
Jika visa anda diluluskan, visa tersebut akan dihantar ke alamat yang dipilh semasa anda membuat penjadualan untuk temujanji.