Visa Pelawat Pertukaran

Dalam halaman ini:


Soalan Lazim

Gambaran Keseluruhan

Amerika Syarikat mengalu-alukan kedatangan warga asing yang datang ke AS untuk menyertai program pertukaran. Sebelum memohon visa, semua pemohon program pertukaran mestilah telah diterima dan diluluskan oleh penaja program yang sah.  Setelah diterima, pemohon akan menerima dokumen kelulusan perlu daripada institut pendidikan atau penaja program untuk diserahkan semasa memohon visa.

Visa peserta program pertukaran diperkenalkan untuk menggalakkan pertukaran peserta, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pelajaran, kesenian dan sains. Peserta termasuklah pelajar pada setiap tahap akademik; pelatih yang sedang menjalankan latihan pekerjaan dengan firma, institusi dan agensi, guru sekolah rendah, menengah dan khas; profesor yang datang untuk mengajar atau membuat penyelidikan di institut pengajian tinggi; penyelidik biasiswa; pelatih profesional dalam bidang perubatan dan berkaitan; dan pelawat antarabangsa yang datang untuk tujuan lawatan, pemerhatian, khidmat nasihat, penyelidikan, latihan, perkongsian atau mempersembahkan pengetahuan atau kemahiran khusus, atau menyertai program kemanusiaan yang dianjurkan.

Tanggungan

Pasangan atau anak yang belum berkahwin di bawah umur 21 tahun yang bercadang untuk mengiringi atau mengikut pemegang visa utama J-1 ke Amerika Syarikat untuk tempoh penetapannya perlu adan visa J-2. Ahli keluarga yang tidak berniat untuk tinggal bersama pemegang visa utama di Amerika Syarikat, tapi bercadang untuk lawatan percutian sahaja, layak untuk memohon visa pelawat (B-2).

Pasangan dan/atau anak pelawat pertukaran di Amerika tidak boleh bekerja jika memegang visa J-2 visa melainkan mereka telah memfailkan Borang I-765, Permohonan untuk Kebenaran Bekerja. Perkhidmatan Kerakyatan dan Imigresen Amerika perlu menyemak Borang I-765 dan memberi kebenaran kepada pemegang J-2 untuk bekerja. Laman sesawang USCIS mempunyai dokumen PDF bertajuk "Bagaimana Untuk Mendapatkan Permit Kerja (Dokumen Pengesahan Pekerjaan)?" yang mempunyai maklumat lebih lanjut.

Perkara Berkaitan Permohonan

Untuk memohon visa J, anda perlu menyerahkan perkara berikut:

  • Borang Permohonan Elektronik Visa Bukan Imigran (DS-160). Layari laman sesawang DS-160 untuk maklumat lanjut mengenai DS-160.
  • Pasport yang sah untuk perjalanan ke Amerika Syarikat mesti mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan melebihi cadangan tempoh menetap anda di Amerika Syarikat (melainkan perjanjian spesifik antara negara memberikan pengecualian). Jika lebih daripada seorang yang dimasukkan ke dalam pasport, setiap orang yang memerlukan visa perlu mengemukakan permohonan.
  • Satu (1) gambar 2"x2" (5cmx5cm). Halaman ini mempunyai maklumat lanjut tentang format gambar yang diperlukan.
  • DS-2019 yang diluluskan dari Program Amerika.
  • Melainkan Program J anda ditaja oleh Kerajaan Amerika Syarikat (dengan kod program bermula dengan huruf "G") anda perlu membayar yuran SEVIS Borang I-901 anda. Laman sesawang SEVIS mempunyai maklumat lebih lanjut.

Selain semua item ini, anda perlu menunjukkan surat temu duga untuk mengesahkan anda telah membuat janji temu melalui perkhidmatan ini. Anda juga boleh membawa mana-mana dokumen sokongan yang anda yakin dapat menyokong maklumat yang diberi kepada pegawai konsular.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan adalah salah satu faktor yang akan dipertimbangkan oleh pejabat konsular semasa temu duga. Pejabat konsular akan meneliti setiap permohonan dan mempertimbangkan faktor profesional, sosial, budaya dan faktor lain semasa membuat keputusan. Pejabat konsular mungkin akan melihat tujuan khusus anda, keadaan keluarga, dan pelan jangka panjang anda dan prospek negara tempat tinggal anda. Setiap kes disemak satu persatu dan berdasarkan pertimbangan undang-undang.

Perhatian: Jangan bawa dokumen palsu. Penipuan atau kesilapan akan menyebabkan anda tidak layak mendapat visa buat selama-lamanya. Jika anda khuatir tentang kerahsiaan, anda harus membawa dokumen anda ke Kedutaan dalam sampul surat yang bergam. Kedutaan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa dan menghormati kerahsiaan maklumat anda.

Anda mesti membawa dokumen berikut semasa temu duga:

  • Dokumen yang membuktikan jaminan kewangan, sosial dan ikatan keluarga di negara anda yang boleh menarik anda untuk pulang ke negara anda setelah program pendidikan di Amerika tamat.
  • Dokumen kewangan dan lain-lain yang anda yakin boleh menyokong permohonan anda dan boleh memberi bukti kukuh yang anda mempunyai tabungan yang cukup untuk menampung semua perbelanjaan tahun pertama dan mempunyai akses kepada kewangan yang cukup untuk menampung semua perbelanjaan semasa berada di Amerika Syarikat.
  • Salinan foto penyata bank tidak akan diterima melainkan anda juga boleh menunjukkan penyata bank asal atau buku bank asal.
  • Jika anda ditanggung sepenuhnya oleh orang lain, bawa bukti hubungan anda dengan individu tersebut (seperti sijil kelahiran), borang cukai asal terkini penaja, buku bank atau sijil simpanan tetap.
  • Dokumen akademik yang menunjukkan persediaan ilmiah. Dokumen berkaitan seperti transkrip sekolah (salinan asal diutamakan) dengan gred, sijil peperiksaan awam (A-level, dll.), markah ujian penilaian (SAT, TOEFL, dll.), dan diploma.

Dokumen Sokongan untuk Tanggungan

Pemohon dengan tanggungan perlu menyerahkan:

  • Bukti hubungan pelajar dengan pasangan atau anak (cth., sijil perkahwinan dan kelahiran).
  • Setiap pasangan atau anak perlu ada borang DS-2019 sendiri. Borang ini digunakan untuk mendapatkan visa yang diperlukan untuk pasangan/anak masuk ke AS dengan anda sebagai pemegang visa lawatan pertukaran utama, atau untuk menyertai anda di AS pada tarikh lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelawat pertukaran visa, sila lawati Laman sesawang Jabatan Negara.