Visa Wartawan dan Media

Dalam halaman ini:

Gambaran Keseluruhan

Visa media ialah visa bukan imigran untuk wakil media asing yang berkunjung ke Amerika Syarikat untuk melaksanakan kerja di samping mempunyai pejabat di negara asing. Beberapa yuran dan prosedur di bawah undang-undang imigresen berkaitan dasar negara asal pengunjung, sebagai balasan, Amerika turut mengikut praktis yang sama yang dipanggil timbal balas. Prosedur untuk memberikan visa media kepada wakil media asing sesuatu negara mempertimbangkan sama ada pemohon visa dari kerajaan tersebut memberi kelebihan yang sama atau timbal balas kepada wartawan/media Amerika Syarikat.

Kelayakan

Terdapat keperluan khusus, yang diarahkan oleh undang-undang Imigresen AS yang perlu diikuti oleh pemohon untuk mendapat visa. Untuk layak mendapat visa media, pemohon perlu membuktikan mereka benar-benar layak untuk mendapat visa media.

Visa media adalah untuk wakil media asing termasuk pekerja kewartawanan, radio filem atau industri cetak, yang mana aktivitinya penting bagi fungsi media seperti wartawan, pekerja filem, editor dan seseorang dalam jawatan yang sama, di bawah undang-undang imigran AS, berkunjung ke AS untuk menjalankan tugas. Pemohon mesti melaksanakan aktiviti layak untuk syarikat media mempunyai pejabat di rumah dan negara asing. Aktiviti ini perlu bermaklumat dan berkaitan dengan proses pengumpulan berita, melaporkan perkara sebenar, untuk layak mendapat visa media. Pegawai konsular akan menentukan sama ada aktiviti itu layak untuk visa media atau tidak. Melaporkan acara sukan biasanya cukup untuk visa media. Contoh lain termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, aktiviti media seperti berikut:

  • Pekerja utama media maklumat asing yang menjalankan penggambaran berita atau dokumentari.
  • Ahli media yang terlibat dengan pembikinan atau pengedaran filem hanya layak untuk visa media jika bahan yang difilemkan digunakan untuk menyampaikan maklumat atau berita. Tambahan lagi, sumber utama dan edaran peruntukan perlu dari luar AS.
  • Wartawan bekerja di bawah kontrak. Individu yang memegang kelayakan organisasi kewartawanan profesional, jika bekerja di bawah kontrak untuk produk yang digunakan di luar oleh medium maklumat dan budaya bagi menyampaikan maklumat atau berita dan bukannya untuk hiburan komersial dan pengiklanan. Sila maklum bahawa kontrak pekerjaan yang sah diperlukan.
  • Pekerja syarikat produksi bebas apabila pekerja mempunyai kelayakan yang diberikan oleh persatuan kewartawanan profesional.
  • Wartawan asing bekerja untuk pejabat cawangan luar negeri atau anak syarikat rangkaian AS, akhbar atau lain-lain media jika wartawan tersebut datang ke AS untuk membuat laporan mengenai kejadian di AS dan hanya untuk penonton luar.
  • Wakil biro pelancong bertauliah, dikawal, beroperasi atau disubsidikan secara menyeluruh atau sebahagiannya oleh kerajaan asing, yang tujuannya untuk menyampaikan fakta pelancongan mengenai negara tersebut dan tidak layak untuk visa klasifikasi A-2.
  • Maklumat perindustrian teknikal.' Pekerja di organisasi pejabat AS yang menyampaikan maklumat teknikal industri.

Wartawan bebas hanya akan dipertimbangkan untuk visa I jika semua kriteria dipenuhi. Wartawan mestilah:

  • memiliki kelayakan yang diberikan oleh organisasi kewartawanan profesional.
  • di bawah kontrak organisasi media.
  • menyebarkan maklumat atau berita yang tujuan utamanya bukan untuk hiburan komersial atau pengiklanan.

Jurugambar pegun dibenarkan masuk ke Amerika dengan visa B-1 untuk tujuan mengambil gambar, hanya jika mereka tidak menerima pendapatan daripada sumber Amerika.

Sekatan

Rakyat dari negara yang menyertai Program Penepian Visa (PPV), yang mahu memasuki Amerika Syarikat untuk sementara waktu sebagai wakil media asing di samping melaksanakan kerja sebagai media atau wartawan, perlu mendapatkan visa media untuk datang ke AS. Mereka tidak boleh datang tanpa visa untuk Program Penepian Visa, mahupun menggunakan visa pelawat (jenis B). Percubaan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan sekatan kemasukan ke AS oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, pegawai kastam dan Pengawal Sempadan di pintu masuk. Senarai di bawah menerangkan situasi apabila visa pelawat atau Program Penepian Visa boleh digunakan.

Kunjungan dengan Visa Pelawat

Visa pelawat mungkin boleh digunakan jika tujuan kunjungan adalah seperti berikut:

Menghadiri persidangan atau mesyuarat.
Wakil media yang ke AS untuk menghadiri persidangan atau mesyuarat sebagai peserta dan tidak akan membuat laporan mengenai mesyuarat, sama ada semasa di Amerika atau semasa pulang, boleh berkunjung dengan visa pelawat. Perbezaan dalam undang-undang imigresen adalah sama ada mereka akan "meneruskan kewajipan mereka."

Tetamu berucap, berceramah atau terlibat dengan aktiviti akademik.
Wakil media perlu mempunyai visa pelawat semasa berkunjung ke AS dengan tujuan memberi ceramah, mengajar atau melibatkan diri dalam aktiviti akademik di entiti tanpa untung, organisasi penyelidikan tanpa untung, organisasi penyelidikan kerajaan atau di institut pengajian tinggi yang mana pemohon hanya akan menerima honorarium. Walau bagaimanapun, aktiviti ceramah mestilah tidak lebih daripada sembilan hari di satu institusi dan penceramah tidak boleh menerima bayaran melebihi lima institusi atau organisasi untuk aktiviti sedemikian pada enam bulan yang lalu.

Membeli Peralatan Media
Visa pelawat boleh digunakan oleh pekerja media asing untuk membeli peralatan media atau hak penyiaran AS atau untuk menempah peralatan media asing atau hak penyiaran, memandangkan aktiviti ini terangkum di bawah skop yang dilaksanakan oleh pelawat perniagaan biasa.

Percutian
Wartawan media asing boleh bercuti di AS menggunakan visa pelawat dan tidak perlu menggunakan visa media, selagi dia tidak melaporkan perkara yang boleh dijadikan berita.

Berkunjung dengan Visa Kerja Sementara

Meskipun terdapat beberapa aktiviti tertentu yang jelas layak untuk visa media disebabkan sifatnya yang berbentuk maklumat dan berita, kebanyakannya tidak boleh mendapat visa media. Setiap permohonan dipertimbangkan mengikut konteks lengkap sesuatu kes. Pegawai konsular memfokuskan kepada sama ada tujuan perjalanan itu sememangnya penting, dan sama ada perjalanan itu berkaitan dengan proses pengumpulan berita, bagi menentukan sama ada pemohon layak untuk mendapatkan visa media. Senarai di bawah menerangkan situasi apabila visa pekerja sementara seperti jenis H, O, atau P, diperlukan bukan visa wartawan/visa media jenis I.

Visa kerja sementara mungkin digunakan jika tujuan perjalanan anda seperti berikut:

Bahan perfileman untuk hiburan komersial atau tujuan iklan.
Visa media tidak boleh digunakan oleh pemohon yang berkunjung ke AS dengan tujuan untuk perfileman atau bekerja dalam pembikinan filem, yang tujuan utamanya adalah untuk hiburan komersial atau pengiklanan. Visa pekerja sementara diperlukan.

Pekerja sokongan produksi seperti pembaca pruf, pustakawan dan pereka set.
Individu yang terlibat dengan aktiviti seperti pembaca pruf, pustakawan, pereka set tidak layak untuk mendapatkan visa media dan mungkin layak di bawah klasifikasi seperti visa H, O, atau P.

Cerita seperti persembahan pentas, televisyen dan permainan kuiz. Cerita yang melibatkan sebahagian persembahan pentas, walaupun tiada skrip seperti rancangan realiti televisyen dan kuiz yang tidak begitu bermaklumat dan tidak melibatkan kewartawanan. Selain itu, dokumentari melibatkan rekreasi di pentas bersama pelakon tidak dianggap sebagai bermaklumat. Pekerja yang bekerja di bawah produksi sedemikian tidak akan layak untuk visa media. Televisyen, radio, dan syarikat produksi filem mungkin mahu mendapatkan nasihat pakar daripada peguam imigresen yang mengkhususkan dalam kerja media bagi mendapatkan nasihat khusus yang sesuai dengan projek semasa.

Penerbitan kandungan media artistik
Wakil media yang akan berkunjung ke AS bagi menyertai penerbitan kandungan media artistik (yang mengambil khidmat pelakon) tidak layak untuk media visa. Televisyen, radio, dan syarikat produksi filem mungkin mahu mendapatkan nasihat pakar daripada peguam imigresen yang mengkhususkan dalam kerja media bagi mendapatkan nasihat khusus yang sesuai dengan projek semasa.

Tanggungan

Pasangan atau anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 21 tahun bercadang untuk menemani atau menyertai pemegang visa utama ke Amerika Syarikat sepanjang tempoh pemegang visa utama tinggal di AS memerlukan visa I derivatif. Pasangan dan/atau anak yang tidak bercadang untuk tinggal di Amerika Syarikat dengan pemegang visa utama, tetapi hanya datang melawat untuk bercuti, layak untuk memohon visa pelawat (B-2).

Pasangan dan tanggungan tidak boleh bekerja di Amerika Syarikat menggunakan visa I derivatif. Jika pasangan atau tanggungan hendak mencari pekerjaan, maka visa yang sesuai diperlukan.

Perkara Berkaitan Permohonan

Untuk memohon visa I, anda perlu menyerahkan perkara berikut:

  • Borang Permohonan Elektronik Visa Bukan Imigran (DS-160). Layari laman sesawang DS-160 untuk maklumat lanjut mengenai DS-160.
  • Pasport yang sah untuk perjalanan ke Amerika Syarikat mesti mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan melebihi cadangan tempoh menetap anda di Amerika Syarikat (melainkan perjanjian spesifik antara negara memberikan pengecualian). Jika lebih daripada seorang yang dimasukkan ke dalam pasport, setiap orang yang memerlukan visa perlu mengemukakan permohonan.
  • Satu (1) gambar 2"x2" (5cmx5cm). Halaman ini mempunyai maklumat lanjut tentang format gambar yang diperlukan.
  • Resit menunjukkan bayaran yuran permohonan visa bukan imigran sebanyak US$160 yang tidak dikembalikan, dibayar dalam mata wang tempatan. Halaman ini mempunyai maklumat lanjut tentang pembayaran yuran. Jika visa dikeluarkan, mungkin terdapat yuran tambahan timbal balas pengeluaran visa, bergantung pada kerakyatan anda. Laman sesawang Jabatan Negara boleh membantu anda menentukan sama ada anda perlu membayar yuran timbal balas pengeluaran visa dan jumlahnya.
  • Bukti Pekerjaan
    • Pekerja Kewartawanan: Surat daripada majikan yang menyatakan nama, jawatan dalam syarikat, dan tujuan serta tempoh tinggal di AS.
    • Wartawan bebas di bawah kontrak organisasi media: Salinan kontrak dengan syarikat media yang menyatakan nama, jawatan dalam syarikat, tempoh kontrak dan tujuan serta tempoh tinggal di AS.
    • Pekerja Media Filem: Surat daripada majikan yang menyatakan nama, jawatan dalam syarikat, tajuk dan keterangan ringkas tentang filem dan tujuan serta tempoh tinggal di AS.
    • Syarikat Produksi Bebas di bawah kontrak organisasi media: Surat daripada syarikat pelaksana kerja yang menyatakan nama, tajuk dan keterangan ringkas tentang program yang difilemkan, tempoh kontrak dan tempoh diperlukan untuk perfileman di AS.

Selain semua item ini, anda perlu menunjukkan surat temu duga untuk mengesahkan anda telah membuat janji temu melalui perkhidmatan ini. Anda juga boleh membawa mana-mana dokumen sokongan yang anda yakin dapat menyokong maklumat yang diberi kepada pegawai konsular.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan adalah salah satu faktor yang akan dipertimbangkan oleh pejabat konsular semasa temu duga. Pejabat konsular akan meneliti setiap permohonan dan mempertimbangkan faktor profesional, sosial, budaya dan faktor lain semasa membuat keputusan. Pejabat konsular mungkin akan melihat tujuan khusus anda, keadaan keluarga, dan pelan jangka panjang anda dan prospek negara tempat tinggal anda. Setiap kes disemak satu persatu dan berdasarkan pertimbangan undang-undang.

Perhatian: Jangan bawa dokumen palsu. Penipuan atau kesilapan akan menyebabkan anda tidak layak mendapat visa buat selama-lamanya. Jika anda khuatir tentang kerahsiaan, anda harus membawa dokumen anda ke Kedutaan dalam sampul surat yang bergam. Kedutaan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa dan menghormati kerahsiaan maklumat anda.

Anda mesti membawa dokumen berikut semasa temu duga:

  • Kad/Bukti Wartawan
  • Surat daripada majikan yang menyatakan tujuan perjalanan, tempoh menetap di AS, bilangan tahun bekerja dan bilangan tahun pengalaman kewartawanan.

Dokumen Sokongan untuk Tanggungan

Jika pasangan dan/atau anak memohon visa pada tarikh lain, salinan visa media anda perlu ditunjukkan dengan permohonan.

Untuk maklumat lanjut tentang visa untuk wartawan dan pekerja media, layari Laman sesawang Jabatan Negara.