Visa Transit/Anak Kapal

Dalam halaman ini:


Soalan Lazim

Gambaran Keseluruhan

Transit (visa C )

Warganegara asing yang melakukan perjalanan transit segera dan terus-menerus melalui Amerika Syarikat sebagai persinggahan ke destinasi asing memerlukan visa transit yang sah. Pengecualian kepada keperluan ini termasuk pelawat yang layak untuk transit ke AS tanpa visa di bawah Program Penepian Visa atau pelawat yang merupakan rakyat negara yang telah membuat perjanjian dengan as dan membenarkan rakyatnya berkunjung ke AS tanpa visa.

Jika pelawat mahu mendapatkan keistimewaan untuk tujuan selain daripada transit di AS, seperti melawat sahabat atau bersiar-siar, maka pelawat tersebut perlu layak dan mendapatkan jenis visa yang diperlukan untuk tujuan tersebut, seperti visa B-2.

Anak Kapal (visa D )

Anak kapal yang berkhidmat di atas kapal laut atau kapal terbang di Amerika Syarikat diwajibkan mendapat visa anak kapal. Anak kapal sesebuah kapal terbang atau kapal yang akan transit di Amerika Syarikat atau di perairan kebiasaannya menggunakan kombinasi visa transit/anak kapal (C-1/D). Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, individu tersebut hanya memerlukan visa D.

Anak kapal yang bekerja di atas kapal dalam lingkungan Pelantar Benua Luar layak untuk mendapatkan visa B-1 sebagai ganti visa anak kapal.

Anak kapal yang akan memasuki Amerika Syarikat semasa waktu rehat antara penerbangan atau pelayaran juga perlu mendapatkan visa B-1/B-2 untuk digunakan pada hari cuti peribadi. Pemohon yang memohon kedua-dua visa C-1/D dan B-1/B-2 dengan serentak hanya membayar satu yuran permohonan visa sahaja.

Kelayakan

Untuk memohon visa transit, anda perlu menunjukkan:

  • Tujuan untuk melalui dan transit segera dan terus-menerus melalui Amerika Syarikat.
  • Tiket penerbangan atau bukti lain aturan pengangkutan ke destinasi anda.
  • Peruntukan yang cukup melaksanakan tujuan perjalanan transit anda.
  • Kebenaran untuk masuk ke negara lain setelah berlepas dari Amerika Syarikat.

Untuk memohon visa C, D atau C-1/D, anda mesti menunjukkan kepada pegawai konsular bahawa:

  • Tujuan perjalanan anda memasuki Amerika Syarikat hanyalah untuk transit atau kerana anda ialah seorang anak kapal.
  • Anda tidak berhajat untuk menerima bayaran daripada sumber di AS semasa di Amerika Syarikat, melainkan anda telah diberi kelulusan visa pekerja sementara.
  • Anda merancang untuk menetap selama satu tempoh yang khusus dan terhad.
  • Anda mempunyai bukti kewangan untuk menanggung semua perbelanjaan di Amerika Syarikat.

Pemohon yang ejen anak kapalnya merupakan ahli Program Visa Anak Kapal (CVP) perlu mengikut arahan yang diberikan oleh ejen mereka.

Perkara Berkaitan Permohonan

Untuk memohon visa anak kapal atau transit, anda perlu menyerahkan perkara berikut:

  • Borang Permohonan Elektronik Visa Bukan Imigran (DS-160). Layari laman sesawang DS-160 untuk maklumat lanjut mengenai DS-160.
  • Pasport yang sah untuk perjalanan ke Amerika Syarikat mesti mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan melebihi cadangan tempoh menetap anda di Amerika Syarikat (melainkan perjanjian spesifik antara negara memberikan pengecualian). Jika lebih daripada seorang yang dimasukkan ke dalam pasport, setiap orang yang memerlukan visa perlu mengemukakan permohonan.
  • Satu (1) gambar 2"x2" (5cmx5cm). Halaman ini mempunyai maklumat lanjut tentang format gambar yang diperlukan.
  • Resit menunjukkan bayaran yuran permohonan visa bukan imigran sebanyak US$160 yang tidak dikembalikan, dibayar dalam mata wang tempatan. Halaman ini mempunyai maklumat lanjut tentang pembayaran yuran. Jika visa dikeluarkan, mungkin terdapat yuran tambahan timbal balas pengeluaran visa, bergantung pada kerakyatan anda. Laman sesawang Jabatan Negara boleh membantu anda menentukan sama ada anda perlu membayar yuran timbal balas pengeluaran visa dan jumlahnya.
  • Jika berkenaan, buku kelasi yang sah menjangkaui tarikh tamat kontrak pekerjaan anda dan semua buku kelasi berkaitan. Anak kapal perlu menghantar laporan rasmi kehilangan jika mereka tidak dapat menyerahkan buku tersebut.

Selain semua item ini, anda perlu menunjukkan surat temu duga untuk mengesahkan anda telah membuat janji temu melalui perkhidmatan ini. Anda juga boleh membawa mana-mana dokumen sokongan yang anda yakin dapat menyokong maklumat yang diberi kepada pegawai konsular.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan adalah salah satu faktor yang akan dipertimbangkan oleh pejabat konsular semasa temu duga. Pejabat konsular akan meneliti setiap permohonan dan mempertimbangkan faktor profesional, sosial, budaya dan faktor lain semasa membuat keputusan. Pejabat konsular mungkin akan melihat tujuan khusus anda, keadaan keluarga, dan pelan jangka panjang anda dan prospek negara tempat tinggal anda. Setiap kes disemak satu persatu dan berdasarkan pertimbangan undang-undang.

Walaupun dokumen sokongan boleh membantu semasa temu duga, pegawai konsular menentukan kelayakan anda mendapatkan visa dengan memberi penekanan terutamanya kepada temu duga tersebut. Dengan kata lain, dokumen sokongan adalah atas usaha sendiri dan tidak begitu penting.

Perhatian: Jangan bawa dokumen palsu. Penipuan atau kesilapan akan menyebabkan anda tidak layak mendapat visa buat selama-lamanya. Jika anda khuatir tentang kerahsiaan, anda harus membawa dokumen anda ke Kedutaan dalam sampul surat yang bergam. Kedutaan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa dan menghormati kerahsiaan maklumat anda.

Anda mesti membawa dokumen berikut semasa temu duga:

  • Bukti semasa pendapatan, bayaran cukai, hak milik harta tanah atau perniagaan, atau aset.
  • Surat daripada majikan yang menyatakan jawatan, gaji, tempoh bekerja, mana-mana percutian dibenarkan dan tujuan perniagaan, jika ada, untuk kunjungan anda ke AS.
  • Mana-mana yang sesuai, jadual perjalanan dan/atau maklumat lain tentang perjalanan anda. (Hal ini bersifat sementara.)
  • Buku akaun simpanan bank atau bukti lain aset cair yang menyatakan baki akaun dan aktiviti akaun anda.
  • Surat ikatan atau sewaan harta tanah.
  • Untuk anak kapal: surat dari ibu pejabat dan buku kelasi anda.

Untuk maklumat lanjut tentang visa transit dan visa untuk anak kapal, layari laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.