Visa Perniagaan/Pelancongan

Dalam halaman ini:


Soalan Lazim

Gambaran Keseluruhan

Visa pelawat B-1/B-2 adalah untuk mereka yang berkunjung sementara ke Amerika Syarikat untuk urusan perniagaan (B-1) atau untuk bercuti atau rawatan kesihatan (B-2). Umumnya, visa B-1 adalah untuk pengunjung yang mempunyai urusan perniagaan, menghadiri konvensyen/persidangan saintifik, pendidikan, profesional atau perniagaan, membangunkan penempatan atau rundingan kontrak. Visa B-2 visa adalah untuk aktiviti rekreasi, termasuk pelancongan, melawat rakan dan saudara-mara, rawatan kesihatan dan aktiviti berbentuk persaudaraan, sosial atau perkhidmatan. Kebiasaannya, visa B-1 dan B-2 digabungkan dan dikeluarkan sebagai satu visa: B-1/B-2.

Kelayakan

Jika anda memohon visa B-1/B-2, anda perlu membuktikan kepada pejabat konsular yang anda layak untuk visa AS mengikut Akta Imigresen dan Kerakyatan Amerika Syarikat (INA). Seksyen 214(b) INA beranggapan semua pemohon B-1/B-2 adalah imigran dengan maksud. Anda perlu mengatasi anggapan perundangan ini dengan menunjukkan:

  • Tujuan perjalanan ke Amerika untuk lawatan sementara, seperti urusan perniagaan, percutian atau rawatan keselamatan
  • bahawa anda bercadang untuk berada di Amerika untuk tempoh yang tertentu dan terhad.
  • bukti kewangan untuk menampung perbelanjaan semasa di Amerika Syarikat.
  • anda mempunyai tempat tinggal di luar AS, begitu juga dengan ikatan ekonomi dan sosial, yang akan memastikan anda pulang ke negara asal selepas tamat lawatan.

Pekerja peribadi atau tempatan dan anak kapal yang bekerja di atas kapal dalam lingkungan Pelantar Benua Luar layak untuk visa B-1 dalam beberapa keadaan.

Sesetengah rakyat luar mungkin tidak layak untuk visa mengikut Akta Imigresen dan Kerakyatan. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang Akta Imigresen dan Kerakyatan dan ketidaklayakan visa di sini.

Perkara Berkaitan Permohonan

Jika anda memohon visa perniagaan/Pelancongan anda perlu menyerahkan perkara berikut:

  • Borang Permohonan Elektronik Visa Bukan Imigran (DS-160). Layari laman sesawang DS-160 untuk maklumat lanjut mengenai DS-160.
  • Pasport yang sah untuk perjalanan ke Amerika Syarikat mesti mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan melebihi cadangan tempoh menetap anda di Amerika Syarikat (melainkan perjanjian spesifik antara negara memberikan pengecualian). Jika lebih daripada seorang yang dimasukkan ke dalam pasport, setiap orang yang memerlukan visa perlu mengemukakan permohonan.
  • Satu (1) gambar 2"x2" (5cmx5cm). Halaman ini mempunyai maklumat lanjut tentang format gambar yang diperlukan.
  • Resit menunjukkan bayaran yuran permohonan visa bukan imigran sebanyak US$160 yang tidak dikembalikan, dibayar dalam mata wang tempatan. Halaman ini mempunyai maklumat lanjut tentang pembayaran yuran. Jika visa dikeluarkan, mungkin terdapat yuran tambahan timbal balas pengeluaran visa, bergantung pada kerakyatan anda. Laman sesawang Jabatan Negara boleh membantu anda menentukan sama ada anda perlu membayar yuran timbal balas pengeluaran visa dan jumlahnya.

Selain semua item ini, anda perlu menunjukkan surat temu duga untuk mengesahkan anda telah membuat janji temu melalui perkhidmatan ini. Anda juga boleh membawa mana-mana dokumen sokongan yang anda yakin dapat menyokong maklumat yang diberi kepada pegawai konsular.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan adalah salah satu faktor yang akan dipertimbangkan oleh pejabat konsular semasa temu duga. Pejabat konsular akan meneliti setiap permohonan dan mempertimbangkan faktor profesional, sosial, budaya dan faktor lain semasa membuat keputusan. Pejabat konsular mungkin akan melihat tujuan khusus anda, keadaan keluarga, dan pelan jangka panjang anda dan prospek negara tempat tinggal anda. Setiap kes disemak satu persatu dan berdasarkan pertimbangan undang-undang.

Perhatian: Jangan bawa dokumen palsu. Penipuan atau kesilapan akan menyebabkan anda tidak lagi layak mendapat visa buat selama-lamanya. Jika anda risau tentang kerahsiaannya, anda harus membawa dokumen tersebut ke Kedutaan di dalam sampul surat yang diregam. Kedutaan tidak membenarkan maklumat anda dilihat orang lain dan menghormati kerahsiaan maklumat anda.

Anda perlu membawa dokumen berikut semasa temu duga. Dokumen asal sentiasa menjadi pilihan berbanding salinan foto dan anda perlu membawa dokumen tersebut semasa temu duga. Jangan faks, e-mel atau pos sebarang dokumen sokongan ke Kedutaan.

  • Bukti semasa pendapatan, bayaran cukai, hak milik harta tanah atau perniagaan, atau aset.
  • Jadual perjalanan dan/atau maklumat lain tentang perjalanan anda.
  • Surat daripada majikan yang menyatakan jawatan, gaji, tempoh bekerja, mana-mana percutian dibenarkan dan tujuan perniagaan, jika ada, untuk kunjungan anda ke AS.
  • Rekod jenayah/mahkamah berkaitan tangkapan atau sabitan di mana-mana, walaupun anda telah menjalani hukuman atau diampunkan.

Selain itu, berdasarkan tujuan lawatan, sebaiknya anda juga membawa yang berikut:

Pelajar

      Bawa keputusan peperiksaan terkini, transkrip dan ijazah/diploma. Bawa juga bukti sokongan kewangan seperti penyata bulanan bank, slip simpanan tetap atau bukti-bukti lain.

 

Orang Dewasa Bekerja

      Bawa surat pengesahan kerja daripada majikan dan slip gaji tiga bulan yang terakhir.

 

Ahli perniagaan dan pengarah syarikat

      Bawa bukti jawatan anda dalam syarikat dan imbuhan.

 

Ibu bapa yang memohon untuk kanak-kanak bawah umur 14 tahun

      Bawa sijil kelahiran anak sebagai tambahan pada dokumen permohonan asas (lihat di atas).

 

Melawat saudara-mara

      Bawa salinan foto bukti status saudara anda (cth. Kad Hijau, sijil pewarganegaraan, visa yang sah, dll).

 

Pelawat yang pernah melawat AS

      Jika anda sebelum ini pernah ke Amerika, bawa dokumen yang mengesahkan status visa atau imigran anda.

 

Dokumen Sokongan untuk Pemohon Mendapatkan Rawatan Kesihatan

Jika anda berkunjung ke AS untuk rawatan kesihatan, anda perlu bersedia untuk menunjukkan dokumentasi seperti berikut sebagai tambahan pada dokumen yang disenaraikan dan yang diperlukan oleh pegawai konsular:

  • Laporan pemeriksaan kesihatan daripada pakar perubatan tempatan yang menjelaskan tentang penyakit anda dan sebab mengapa anda perlukan rawatan di Amerika Syarikat.
  • Surat daripada pakar perubatan atau pusat kesihatan di Amerika Syarikat yang menyatakan kesediaan untuk merawat penyakit khusus ini dan menjelaskan tempoh dan kos rawatan (termasuk yuran doktor, yuran hospital dan perbelanjaan berkaitan perubatan).
  • Penyata tanggungjawab kewangan daripada individu atau syarikat yang membayar pengangkutan, perubatan dan perbelanjaan harian. Individu yang menjamin pembayaran perbelanjaan ini perlu menunjukkan bukti kemampuan mereka, biasanya dalam bentuk penyata pendapatan/simpanan bank atau pulangan cukai pendapatan yang disahkan.

Untuk maklumat lanjut tentang visa untuk perniagaan dan pelancongan, layari Laman sesawang Jabatan Negara.