Senarai Visa VBI

Gambaran Keseluruhan

Kami mengalu-alukan kedatangan pelawat ke Amerika Syarikat dengan pintu yang terbuka dan dengan sempadan terjaga. Kebanyakan warganegara Kanada dan warganegara lain dari negara di bawah Program Penepian Visa boleh memasuki Amerika tanpa visa jika mereka memenuhi beberapa syarat yang anda boleh baca di sini.

Terdapat pelbagai jenis visa bukan imigran untuk pelawat sementara yang berkunjung ke Amerika, jika anda bukan warganegara Amerika atau penduduk tetap yang sah di Amerika. Tujuan anda untuk berkunjung dan fakta-fakta lain akan menentukan jenis visa yang diperlukan mengikut undang-undang imigresen Amerika. Anda mesti diberikan maklumat tentang jenis visa bukan imigran yang anda perlukan untuk melawat, dan langkah yang diperlukan untuk memohon visa di Kedutaan Amerika di luar negara.

Semak carta di bawah untuk menentukan jenis visa yang anda perlukan. Untuk maklumat lanjut tentang setiap jenis visa, termasuklah maklumat tentang cara untuk memohon dan lain-lain, pilih pautan daripada ruang Jenis Visa di bawah.

Tujuan Berkunjung ke Amerika dan Visa Bukan Imigran Jenis Visa
Ahli sukan, amatur dan profesional (bertanding untuk wang hadiah sahaja) B-1
Ahli sukan, artis, penghibur P
Pekerja Australia - kepakaran profesional E-3
Kad Merentas Sempadan Mexico BCC
Pelawat Perniagaan B-1
Anak kapal (berkhidmat di atas kapal laut atau kapal terbang di Amerika ) D
Pegawai Kerajaan Luar dan Diplomat A
Pekerja tempatan atau pengasuh (mesti mengiringi majikan warganegara luar) B-1
Pekerja Organisasi Antarabangsa , dan NATO G1-G5, NATO
Pelawat program pertukaran J
Pelawat program pertukaran - au pairs J-1
Pelawat Program Pertukaran - kanak-kanak (bawah umur 21 tahun) atau pasangan pemegang J-1 J-2
Pelawat program pertukaran - profesor, pemegang biasiswa, guru J-1
Pelawat program pertukaran - kebudayaan antarabangsa J, Q
Tunang K-1
Pasukan tentera negara luar yang bertempat di Amerika A-2, NATO1-6
Warganegara luar dengan kebolehan luar biasa dalam bidang sains, kesenian, pendidikan, perniagaan atau sukan O-1
Ahli profesional Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) : Chile H-1B1
Ahli profesional Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) : Singapura H-1B1
Wakil media penerangan (media, wartawan) I
Perpindahan dalaman syarikat L
Rawatan kesihatan, pelawat B-2
Pekerja profesional NAFTA: Mexico, Kanada TN/TD
Jururawat yang berkunjung ke kawasan yang kurang pekerja dalam bidang kesihatan H-1C
Pakar perubatan J-1, H-1B
Pekerja keagamaan R
Pekerjaan pakar dalam bidang yang memerlukan pengetahuan kepakaran tinggi H-1B
Pelajar - pelajar akademik dan bahasa F-1
Tanggungan pelajar - tanggungan pemegang F-1 F-2
Pelajar - vokasional M-1
Tanggungan pelajar - tanggungan pemegang M-1 M-2
Pekerja sementara - pertanian bermusim H-2A
Pekerja sementara - bukan pertanian H-2B
Pelancongan, percutian dan pengunjung sedang bercuti B-2
Berkursus dalam program yang bukan berkaitan dengan pekerjaan sahaja H-3
Pelabur triti E-2
Pedagang triti E-1
Transit di Amerika Syarikat C
Mangsa pemerdagangan manusia T-1
Pembaharuan visa di Amerika - A,G, dan NATO A1-2, G1-4, NATO1-6