Soalan Lazim Jejaki Pasport Saya

Senarai Soalan
  1. Kenapa hanya satu pasport untuk satu sampul? Kenapa tiada diskaun untuk keluarga?
  2. Bagaimana saya hendak mendapat semula pasport selepas temu duga?
  3. Apa yang perlu saya tunjukkan untuk mengambil pasport di lokasi kurier?
  4. Apa berlaku pada pasport saya jika saya tiada di rumah semasa kurier datang?
  5. Adakah pasport saya perlu dihantar ke rumah saya?
  6. Apa yang perlu saya tunjukkan kepada kurier apabila mereka menghantar pasport saya?
  7. Apakah jenis ID yang diterima untuk bukti pengenalan diri?
  8. Bolehkah seseorang selain saya mengambil atau menerima penghantaran pasport saya?
  9. Apakah maksud "Simpan di Lokasi?"
  10. Perlukan saya membayar apa-apa yuran untuk perkhidmatan kurier?
Soalan dan Jawapan

Q.1 Kenapa hanya satu pasport untuk satu sampul ? Kenapa tiada diskaun untuk keluarga?

Tiada caj tambahan dikenakan untuk kurier yang menghantar pasport kepada anda. Semua kos telah dimasukkan dalam yuran permohonan visa. Peraturan keselamatan kurier memerlukan penjejakan berbeza untuk setiap beza


kembali ke atas

Q.2 Bagaimana saya hendak mendapat semula pasport selepas temu duga?

Anda mesti mengambil pasport di lokasi kurier yang dipilih semasa anda menjadualkan temu duga. Jika anda mahu menukar lokasi, anda boleh berbuat demikian sehingga tengah malam sebelum hari janji temu anda. Jika anda merancang perjalanan segera, kurier yang berdekatan dengan lokasi temu duga boleh mempercepatkan waktu pengambilan. Kos perkhidmatan kurier telah dimasukkan ke dalam yuran permohonan visa.


kembali ke atas

Q.3 Apa yang perlu saya tunjukkan untuk mengambil pasport di lokasi kurier?

Bagi memastikan pasport dan visa anda tidak diberikan kepada individu yang tidak mempunyai kebenaran, anda perlu menunjukkan ID bergambar yang dikeluarkan oleh Kerajaan semasa mengambil pasport. Anda juga perlu menandatangani semua dokumen yang diberi kepada anda oleh kurier.


kembali ke atas

Q.4 Apa berlaku pada pasport saya jika saya tiada di rumah semasa kurier datang?

Kurier hanya akan menghantar pasport anda ke alamat yang dipilih atau diberi sama anda menjadualkan temu duga. Jika kurier tidak dapat menghantar, misalnya, kerana tiada orang di rumah, kurier akan meninggalkan notis yang mengatakan mereka telah cuba menghantar. Jika anda terima notis seperti ini , hubungi kurier dengan segera. Jika pasport anda tidak dihantar dalam masa 10 hari bekerja, ia akan dikembalikan ke Kedutaan. Jika hal ini berlaku, hubungi pusat panggilan kami untuk bantuan.


kembali ke atas

Q.5 Adakah pasport saya perlu dihantar ke rumah saya?

Tidak. Pasport anda boleh dihantar ke pejabat atau kepada ahli keluarga anda. Jika pasport dihantar kepada orang selain daripada diri anda, penerima perlu menunjukkan ID bergambar dikeluarkan Kerajaan untuk pengenalpastian bagi menerima penghantaran pasport anda.


kembali ke atas

Q.6 Apa yang perlu saya tunjukkan kepada kurier apabila mereka menghantar pasport saya?

Bagi memastikan pasport dan visa anda tidak diberikan kepada individu yang tidak mempunyai kebenaran, anda perlu menunjukkan ID bergambar yang dikeluarkan oleh Kerajaan semasa mengambil pasport. Anda juga perlu menandatangani semua dokumen yang diberi kepada anda oleh kurier.


kembali ke atas

Q.7 Apakah jenis ID yang diterima untuk bukti pengenalan diri?

ID yang sah untuk warganegara Malaysia

  • Kad Pengenalan Malaysia yang sah
  • Lesen Memandu Malaysia yang sah

ID yang sah untuk rakyat negara ketiga ( penduduk yang tinggal di Malaysia tetapi bukan warganegara Malaysia)

  • salinan pasport anda
  • Lesen Memandu Malaysia yang sah
  • Kad PR
  • Permit Kerja bergambar baharu, Kad Tanggungan atau Pas

kembali ke atas

Q.8 Bolehkah seseorang selain saya mengambil atau menerima penghantaran pasport saya?

Ya. Walau bagaimanapun, wakil anda - walaupun ahli keluarga - mesti menunjukkan perkara berikut untuk mengambil pasport anda:

  • ID bergambar mereka yang dikeluarkan oleh Kerajaan untuk pengenalpastian
  • salinan foto ID bergambar anda yang dikeluarkan Kerajaan
  • surat kebenaran, yang ditandatangani oleh anda, membenarkan wakil untuk mengambil pasport anda. Surat kebenaran perlu mengandungi maklumat berikut:
    • nama penuh wakil anda seperti dalam ID bergambar yang dikeluarkan Kerajaan
    • nama anda
    • nombor resit yuran anda (pemohon visa imigran perlu memasukkan nombor resit pada surat)

Jika pemohon berumur bawah 16 tahun, dokumen berikut diperlukan daripada wakil:

  • salinan jelas resit pembayaran yuran visa pemohon
  • Surat kebenaran bertandatangan daripada kedua-dua pemohon dan ibu bapa yang asal
  • salinan jelas ID bergambar yang dikeluarkan Kerajaan milik ibu bapa yang menandatangani surat kebenaran pemohon
  • ID bergambar yang dikeluarkan kerajaan milik wakil yang asal
Perhatian:Jika kumpulan/keluarga, hanya satu surat pengesahan dengan maklumat berkaitan setiap pemohon yang diperlukan.

kembali ke atas

Q.9 Apakah maksud "Simpan di Lokasi?"

"Simpan di Lokasi" bermaksud kurier akan menyimpan pasport anda di lokasi yang ditetapkan oleh kurier jika alamat pilihan anda tidak dilalui oleh pihak kurier. Anda boleh memilih lokasi kurier yang terdekat (sebagai contoh, paling dekat dengan rumah atau pejabat anda) daripada senarai semasa anda menetapkan janji temu untuk temu duga.


kembali ke atas

Q.10 Perlukan saya membayar apa-apa yuran untuk perkhidmatan kurier?

Tidak. Kos perkhidmatan kurier telah dimasukkan ke dalam permohonan visa atau yuran visa imigran.


kembali ke atas