Maklumat DS-160

Dalam halaman ini:

Gambaran keseluruhan

Setiap pemohon-termasuk kanak-kanak- harus mempunyai borang permohonan DS-160 mereka sendiri. DS-160 perlu dilengkapkan dan dihantar secara dalam talian sebelum temu duga di Kedutaan di Kuala Lumpur. Nombor kod bar pada halaman pengesahan DS-160 diperlukan untuk menempah slot temu duga. Borang DS-160 mesti dihantar secara dalam talian dan halaman pengesahan perlu dibawa semasa temuduga. pihak Kedutaan tidak akan menerima permohonan bertulis tangan atau ditaip dan anda tidak akan dibenarkan menghadiri temu duga tanpa halaman pengesahan DS-160.

Apabila anda menandatangani DS 160 secara elektronik, anda telah mengesahkan bahawa semua maklumat terkandung di dalamnya adalah betul dan benar. Kesilapan dalam memberi maklumat boleh menyebabkan anda tidak layak memasuki Amerika Syarikat. Sila semak semula jawapan untuk memastikannya tepat dan setiap soalan dijawab dengan lengkap.

Nota: Sebarang pertanyaan dalam mengisi DS-160 boleh disemak di halaman web berikut:
https://travel.state.gov/content/travel/en/us-visas/visa-information-resources/forms/ds-160-online-nonimmigrant-visa-application/ds-160-faqs.html. Kami tidak dibenarkan untuk menjawab sebarang pertanyaan atau memberi panduan bagi proses ini.

Panduan Mengisi Borang DS-160

Lengkapkan dan hantar borang DS-160 selepas menyemak proses permohonan visa bukan imigran. Anda perlu menghantar permohonan DS-160 secara atas talian sebelum membuat temujanji untuk temuduga di Kedutaan atau Konsulat.

  • Pusat temu duga yang anda pilih semasa mula-mula mengisi borang DS-160 mesti sama dengan pusat anda menetapkan janji temu untuk temu duga.
  • Semua soalan mesti dijawab dalam Bahasa Inggeris menggunakan aksara bahasa Inggeris sahaja, kecuali apabila anda diminta untuk memberikan nama penuh dalam huruf bahasa ibunda anda.
  • Sekiranya anda tidak meneruskan mengisi borang ini dalam masa 20 minit, sesi anda akan tamat masa. Anda perlu bermula dari awal, melainkan anda telah merekodkan ID Permohonan atau anda telah simpan permohonan dalam fail di dalam komputer. Ambil ID permohonan yang tertera di atas sebelah kanan halaman tersebut. Sekiranya anda perlu menutup browser sebelum menghantar permohonan anda, anda memerlukan Permohonan ID ini untuk meneruskan permohonan ini.
  • Permohonan DS-160 yang telah lengkap akan memberikan halaman pengesahan kod nombor angka-abjad. Halaman pengesahan diperlukan untuk temujanji di Kedutaan/ Konsulat.
  • Setelah anda mencetak halaman pengesahan kod bar , tekan butang "Undur" pada penyemak imbas anda dan hantar e-mel kepada diri sendiri sebagai salinan sandaran DS-160. Fail di e-melkan dalam format PDF, dan memerlukan Adobe Acrobat untuk melihat atau mencetaknya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dalam mengisi DS-160 boleh disemak di halaman web berikut:
https://travel.state.gov/content/travel/en/us-visas/visa-information-resources/forms/ds-160-online-nonimmigrant-visa-application/ds-160-faqs.html. Kami tidak dibenarkan untuk menjawab sebarang pertanyaan atau memberi panduan bagi proses ini.

Borang DS-160 atas talian di sini.