Memohon Visa Amerika Syarikat | Pembaharuan Visa melalui Program Mel untuk Perniagaan dan Pelancongan (B1 / B2) - Malaysia (Bahasa Malaysia)

Pembaharuan Visa melalui Mel untuk Perniagaan dan Pelancongan (B1 / B2)

Gambaran Keseluruhan:


Gambaran keseluruhan

Sesetengah pemohon visa mungkin tidak perlu hadir untuk temuduga visa jika mereka layak untuk Pembaharuan Visa melalui Mel. Sekiranya layak, pemohon hanya perlu menghantar dokumen yang diperlukan di mana-mana lima lokasi Aramex. Pemohon tidak perlu  hadir sendiri untuk menghantar dokumen mereka. Pembaharuan Visa melalui Mel ini akan mengambil masa SATU (1) minggu untuk diselesaikan.

Syarat-syarat

Untuk memenuhi syarat bagi Pembaharuan Visa melalui Mel, anda mesti dapat menjawab "YA" kepada SEMUA yang berikut:

  1. Saya adalah pemegang pasport Malaysia.
  2. Saya pernah memiliki visa dengan tempoh penuh (* B1 / B2 sah selama sepuluh tahun).
  3. Visa A.S saya sebelum ini masih sah atau baru sahaja tamat dalam tempoh dua belas bulan terakhir.
  4. Visa terdahulu saya dikeluarkan pada atau selepas 27 September 2007.
  5. Visa terdahulu saya tidak mengatakan "Clearance Received".
  6. Saya berumur 14 tahun ke atas pada masa visa terdahulu dikeluarkan.
  7. Saya mempunyai semua pasport saya yang meliputi seluruh tempoh masa sejak saya menerima visa sah. (Jika jawapan anda adalah ya, anda dikehendaki menghantar pasport semasa anda serta pasport dengan visa A.S. yang paling baru. Anda tidak boleh menggunakan Pembaharuan Visa melalui Mel ini jika anda kehilangan pasport terdahulu yang mempunyai visa A.S. yang sah atau tamat tempoh).
  8. Permohonan visa saya tidak pernah ditolak / tidak diluluskan dalam tempoh dua belas bulan terakhir. (NOTA: Semua permohanan visa dulu yang tidak lulus, walaupun diluluskan kemudian, mesti dimaklumkan di permohonan visa DS-160.)
  9. Saya tidak pernah tinggal di A.S. lebih daripada 6 bulan dengan visa B1 / B2 (walaupun Jabatan Keselamatan Dalam Negeri telah meluluskan pelanjutan tinggal).
  10. Saya tidak pernah ditangkap atau disabitkan atas sebarang kesalahan atau jenayah, walaupun tertakluk kepada pengampunan.

Cara memohon

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di atas, ikuti langkah-langkah berikut::

Langkah 1

Lengkapkan borang Permohonan Elektronik Visa bukan imigran (DS-160); sila lihat pautan ini untuk panduan.

Langkah 2

Log masuk ke sistem temujanji kami dan buat profil. Sebaik sahaja log masuk, pilih “Schedule Appointment”. Semasa anda melalui proses ini, anda akan menjawab soalan drop-box yang akan menilai kelayakan anda untuk memperbaharui visa anda melalui Pembaharuan Visa melalui Mel.

Langkah 3

Setelah anda menjawab soalan, anda akan diminta membayar dan memohon yuran permohonan visa (MRV). Sila lihat pautan ini untuk maklumat lanjut tentang cara membayar yuran MRV anda. Sekiranya anda layak memohon visa melalui Pembaharuan Visa melalui Mel, anda akan dapat mencetak "Surat Pengesahan Drop Box".

Langkah 4

Kumpulkan dokumen berikut dan hantar di lokasi drop-off terdekat Aramex. Anda tidak perlu datang sendiri untuk menghantar dokumen anda:

  1. Mukasurat pengesahan DS-160
  2. Pasport semasa dan terdahulu yang mengandungi visa terdahulu anda
  3. Satu saiz foto 5x5 cm diambil dalam tempoh 6 bulan yang lalu, sila lihat pautan ini untuk keperluan foto
  4. Surat Pengesahan Drop Box
  5. Resit bayaran yuran MRV

Langkah 5

Aramex akan menghantar dokumen anda ke Kedutaan AS.

Langkah 6

Pada akhir proses adjudikasi, Aramex akan mengembalikan pasport anda pada alamat penghantaran yang anda pilih. Jika layak, pasport anda akan mengandungi visa anda. Jika tidak layak memperbaharui visa anda melalui Pembaharuan Visa melalui Mel, anda akan dimaklumkan.

Nota penting

  1. Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur berhak untuk mewawancarai mana-mana pemohon. Sekiranya temuduga diperlukan, pasport anda akan dikembalikan dengan arahan semasa untuk menghadiri temuduga anda di Kedutaan.
  2. Sekiranya anda, menghantar dokumen anda untuk pembaharuan tetapi tidak layak untuk Pembaharuan Visa melalui Mel, permohonan anda akan ditangguhkan dan pasport anda bersama-sama dengan dokumen anda akan dipulangkan dengan arahan lanjut mengenai masa untuk menghadiri temuduga anda di Kedutaan. Sila pastikan anda layak untuk Pembaharuan Visa melalui Mel berdasarkan kriteria di atas. Anda perlu mengemukakan permohonan anda sebelum pelan perjalanan anda.
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 14 tahun dengan ibu bapa yang layak untuk pembaharuan visa melalui Pembaharuan Visa melalui Mel tidak perlu membuat temujanji biasa (walaupun kanak-kanak tidak pernah mempunyai visa sebelum ini). Ibu bapa hanya boleh membayar yuran MRV dan mengemukakan permohonan yang lengkap untuk setiap kanak-kanak di bawah 14 pada masa yang sama mereka mengemukakan permohonan mereka sendiri. Ibu bapa mesti memasukkan sijil kelahiran asal setiap anak, yang akan dikembalikan bersama pasport apabila visa dikeluarkan. Di samping itu, kanak-kanak berumur bawah 14 tahun dengan ibu bapa yang sah mempunyai visa B1 / B2 yang sah tidak perlu menjadualkan temujanji biasa (walaupun kanak-kanak sebelum ini telah dikeluarkan visa). Ibu bapa perlu membayar yuran MRV dan mengemukakan permohonan tersebut, termasuk sijil kelahiran asal, dan menghantar pasport mereka yang sah dengan visa A.S. B1 / B2 yang sah.
  4. Semua pemohon mestilah layak sendiri. Pasangan, ibu bapa, atau ahli keluarga lain yang tidak dapat memenuhi kriteria ini, tidak layak untuk pengecualian temuduga. Pemohon mestilah menjadualkan temujanji biasa.