Menetapkan/Menukar Janji Temu Saya

Gambaran Keseluruhan

Pada umumnya, warganegara luar yang bercadang memasuki Amerika Syarikat perlu memohon visa, sama ada visa bukan imigran untuk tinggal sementara atau visa imigran untuk menjadi penduduk tetap. Warganegara daripada negara yang layak juga boleh melawat AS tanpa visa di bawah Program Penepian Visa . Jika anda tidak layak untuk Program Penepian Visa atau lawatan untuk belajar , bekerja atau terlibat dengan program pertukaran, anda perlu memohon untuk visa bukan imigran.

Pemohon untuk visa AS perlu datang sendiri untuk temu duga visa di Kedutaan di Kuala Lumpur. Anda perlu membuat janji temu untuk temu duga tersebut, sama ada secara atas talian melalui laman sesawang atau menerusi pusat panggilan.

Dokumen Sokongan

Untuk menetapkan janji temu visa bukan imigran, anda perlu mempunyai maklumat dan dokumen seperti berikut:

  • Pasport yang sah untuk perjalanan ke Amerika Syarikat mesti mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan melebihi cadangan tempoh menetap anda di Amerika Syarikat (melainkan perjanjian spesifik antara negara memberikan pengecualian). Jika lebih daripada seorang yang dimasukkan ke dalam pasport, setiap orang yang memerlukan visa perlu mengemukakan permohonan.
  • Resit pembayaran yuran permohonan visa anda daripada Bank Standard Chartered
  • Halaman pengesahan DS-160 anda
  • Alamat e-mel anda
  • Jika berkenaan, dokumen berdasarkan kelas visa yang diperlukan (seperti kelulusan petisyen untuk visa berasaskan petisyen; maklumat lanjut tentang jenis visa dan maklumat setiap satunya ada di sini).

Batasan penukaran temujanji

Pemohon hanya boleh menjadualkan temujanji pada bilangan yang terhad. Sila membuat perancangan dengan sewajarnya supaya anda tidak diperlukan untuk membayar yuran permohonan visa yang sekali lagi.