Memohon Visa Amerika Syarikat | Pembaharuan Visa melalui Program Mel untuk Perniagaan dan Pelancongan (B1 / B2) - Malaysia (Bahasa Malaysia)

Pembaharuan Visa melalui Mel untuk Visa Krew (C1 / D)

Gambaran Keseluruhan:


Gambaran keseluruhan

Sesetengah pemohon visa mungkin tidak perlu hadir untuk temuduga visa jika mereka layak untuk Pembaharuan Visa melalui Mel. Sekiranya layak, pemohon hanya perlu menghantar dokumen yang diperlukan di mana-mana lima lokasi Aramex. Pemohon tidak perlu  hadir sendiri untuk menghantar dokumen mereka. Pembaharuan Visa melalui Mel ini akan mengambil masa SATU (1) minggu untuk diselesaikan.

Syarat-syarat

Untuk memenuhi syarat bagi Pembaharuan Visa melalui Mel, anda mesti dapat menjawab "YA" kepada SEMUA yang berikut:

  1. Saya adalah pemegang pasport Malaysia.
  2. Sebelum ini saya mempunyai visa sah penuh (* C1 / D visa yang sah untuk LIMA tahun) di Kuala Lumpur dalam pasport Malaysia.
  3. Visa A.S saya sebelum ini masih sah atau baru sahaja tamat dalam tempoh dua belas bulan terakhir.
  4. Visa terdahulu saya tidak mengatakan "Clearance Received".
  5. Saya mempunyai semua pasport saya yang meliputi seluruh tempoh masa sejak saya menerima visa sah. (Jika jawapan anda adalah ya, anda dikehendaki menghantar pasport semasa anda serta pasport dengan visa A.S. yang paling baru. Anda tidak boleh menggunakan Pembaharuan Visa melalui Mel ini jika anda kehilangan pasport terdahulu yang mempunyai visa A.S. yang sah atau tamat tempoh).
  6. Permohonan visa saya tidak pernah ditolak / tidak diluluskan dalam tempoh dua belas bulan terakhir. (NOTA: Semua permohanan visa dulu yang tidak lulus, walaupun diluluskan kemudian, mesti dimaklumkan di permohonan visa DS-160.)
  7. Saya tidak pernah melanggar syarat visa A.S. sebelum ini atau tinggal di Amerika Syarikat lebih lama daripada dibenarkan pada visa A.S. sebelum ini (walaupun Jabatan Keselamatan Dalam Negeri telah meluluskan pelanjutan untuk tinggal).
  8. Saya tidak pernah ditangkap atau disabitkan atas sebarang kesalahan atau jenayah, walaupun tertakluk kepada pengampunan.

Cara memohon

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di atas, ikuti langkah-langkah berikut::

Langkah 1

Lengkapkan borang Permohonan Elektronik Visa bukan imigran (DS-160); sila lihat pautan ini untuk panduan.

Langkah 2

Log masuk ke sistem temujanji kami dan buat profil. Sebaik sahaja log masuk, pilih “Schedule Appointment”. Semasa anda melalui proses ini, anda akan menjawab soalan drop-box yang akan menilai kelayakan anda untuk memperbaharui visa anda melalui Pembaharuan Visa melalui Mel.

Langkah 3

Setelah anda menjawab soalan, anda akan diminta membayar dan memohon yuran permohonan visa (MRV). Sila lihat pautan ini untuk maklumat lanjut tentang cara membayar yuran MRV anda. Sekiranya anda layak memohon visa melalui Pembaharuan Visa melalui Mel, anda akan dapat mencetak "Surat Pengesahan Drop Box".

Langkah 4

Kumpulkan dokumen berikut dan hantar di lokasi drop-off terdekat Aramex. Anda tidak perlu datang sendiri untuk menghantar dokumen anda:

  1. Mukasurat pengesahan DS-160
  2. Pasport semasa dan terdahulu yang mengandungi visa terdahulu anda
  3. Satu saiz foto 5x5 cm diambil dalam tempoh 6 bulan yang lalu, sila lihat pautan ini untuk keperluan foto
  4. Surat Pengesahan Drop Box
  5. Resit bayaran yuran MRV
  6. Surat dari majikan semasa

Langkah 5

Aramex akan menghantar dokumen anda ke Kedutaan AS.

Langkah 6

Pada akhir proses adjudikasi, Aramex akan mengembalikan pasport anda pada alamat penghantaran yang anda pilih. Jika layak, pasport anda akan mengandungi visa anda. Jika tidak layak memperbaharui visa anda melalui Pembaharuan Visa melalui Mel, anda akan dimaklumkan.

Nota penting

  1. Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur berhak untuk mewawancarai mana-mana pemohon. Sekiranya temuduga diperlukan, pasport anda akan dikembalikan dengan arahan semasa untuk menghadiri temuduga anda di Kedutaan.
  2. Sekiranya anda, menghantar dokumen anda untuk pembaharuan tetapi tidak layak untuk Pembaharuan Visa melalui Mel, permohonan anda akan ditangguhkan dan pasport anda bersama-sama dengan dokumen anda akan dipulangkan dengan arahan lanjut mengenai masa untuk menghadiri temuduga anda di Kedutaan. Sila pastikan anda layak untuk Pembaharuan Visa melalui Mel berdasarkan kriteria di atas. Anda perlu mengemukakan permohonan anda sebelum pelan perjalanan anda.
  3. Anda mesti hadir secara fizikal di Malaysia. Aplikasi tidak boleh dihantar melalui mel antarabangsa untuk diproses.