Permohonan Menunggu Tindakan Lanjut

Gambaran Keseluruhan

Penolakan di bawah Seksyen 221(g) bermakna maklumat penting tiada dalam permohonan atau permohonan diletakkan di bawah pemerhatian pentadbiran. Pegawai Konsul yang menemu duga anda akan memaklumkan pada penghujung temu duga jika tindakan bagi kes anda ditangguhkan di bawah 221(g) bergantung pada maklumat seterusnya. Pegawai akan memberitahu anda sama ada kes perlu melalui proses pentadbiran, atau akan meminta anda menyerahkan maklumat tambahan.

Jika maklumat lanjut diperlukan, pegawai akan memberitahu anda cara untuk menyerahkan maklumat tersebut. Sebagai sebahagian daripada proses, anda akan diberi surat bertulis dan mempunyai 12 bulan dari tarikh permohonan untuk menyerahkan dokumen yang diminta tanpa perlu membayar yuran visa sekali lagi. Selepas satu tahun, penolakan permohonan di bawah Seksyen 221(g) dibatalkan seperti dalam Seksyen 203(e).

Jika Kedutaan meminta maklumat atau dokumen tambahan daripada anda, anda perlu menyerahkan dokumen menggunakan perkhidmatan kurier Aramex. Halaman ini menjelaskan cara untuk menyerahkan dokumen ke Kedutaan di Kuala Lumpur.

Maklumat Lain

Sesetengah penolakkan permohonan visa mungkin memerlukan proses pentadbiran lanjut. Apabila pemprosesan pentadbiran lanjut di perlukan, pegawai consular akan memaklumkan kepada pemohon semasa waktu terakhir temuduga. Tempoh  untuk pemprosesan pentadbiran yang dilanjutkan akan berbeza-beza pada setiap individu mengikut keadaan setiap kes. Kecuali  jika kes perjalanan untuk kecemasan (cth: penyakit serius, kecederaan, atau kematian dalam ahli keluarga terdekat) ,sebelum  membuat pertanyaan tentang pemprosesan pentadbiran yang di lanjutkan, pemohon perlu tunggu sekurang-kurangnya 180 hari dari tarikh temuduga atau penyerahan  dokumen tambahan, mana-mana yang terdahulu. Anda diingatkan supaya memohon visa lebih awal dari tarikh jangkaan perjalanan.

Notis Penting: Sebelum membuat pertanyaan tentang pemprosesan pentadbiran yang di lanjutkan, pemohon perlu tunggu sekurang-kurangnya 180 hari dari tarikh temuduga atau penyerahan  dokumen tambahan, mana-mana yang terdahulu. Harap bersabar. Kedutaan A.S di Kuala Lumpur akan menghubungi anda (melalui alamat e-mel / nombor telefon bimbit yang diisikan dalam profil USTraveldoc / DS-160 anda) sebaik sahaja proses visa anda selesai.

Sekiranya anda adalah pemohon nonimigran, anda boleh menyemak DS-160 dan status permohonan visa anda secara atas talian disini dengan memasukkan lokasi temuduga dan nombor barkod DS-160 anda. Sekiranya anda adalah pemohon visa imigran anda boleh memasukkan nombor kes anda.