Lokasi Kutipan Pasport/Visa

Gambaran Keseluruhan

Setelah visa diluluskan, perkhidmatan kurier Aramex akan memulangkan pasport anda ke alamat yang dinyatakan semasa anda menjadualkan janji temu. Pasport anda akan dihantar hanya ke alamat yang anda nyatakan semasa anda menetapkan temu duga visa. Tiada caj tambahan untuk perkhidmatan ini. Kos Aramex memulangkan visa dan pasport anda telah dimasukkan ke dalam yuran permohonan visa.

Cari lokasi kurier Aramex terdekat
Semak status penghantaran pasport anda

Menukar Pilihan Penghantaran

Anda boleh menukar pilihan alamat penghantaran dokumen secara atas talian atau melalui pusat panggilan sehingga 11:59 malam pada hari sebelum temu duga anda. Tiada kos untuk menukar pilihan penghantaran.

Mengambil Pasport/Visa Anda

Aramex menyediakan "perkhidmatan Simpan di Lokasi" iaitu tempat pasport anda disimpan untuk kutipan sekiranya alamat penghantaran tidak dilalui Aramex. Anda boleh melihat senarai lokasi Aramex semasa anda memilih tarikh temu duga dan boleh memilih lokasi paling selesa berdasarkan senarai.

Pasport akan disimpan Aramex selama 15 hari kalendar. Jika anda tidak mengambil pasport anda dalam tempoh tersebut, pasport anda akan dipulangkan ke Kedutaan yang memproses permohonan anda.

Dokumen Sokongan

Untuk mengambil pasport anda daripada Aramex, anda perlu menunjukkan ID bergambar asal (bukan salinan) yang dikeluarkan Kerajaan.

Jika wakil yang datang mengambil pasport anda daripada Aramex - walaupun jika dia seorang ahli keluarga - wakil tersebut perlu menunjukkan:

  • ID bergambar mereka yang dikeluarkan oleh Kerajaan untuk pengenalpastian
  • salinan foto ID bergambar anda yang dikeluarkan Kerajaan
  • surat kebenaran, yang ditandatangani oleh anda, membenarkan wakil untuk mengambil pasport anda. Surat kebenaran perlu mengandungi maklumat berikut:
    • nama penuh wakil anda seperti dalam ID bergambar yang dikeluarkan Kerajaan
    • nama anda
    • nombor resit yuran anda (pemohon visa imigran perlu memasukkan nombor resit pada surat)

Jika pemohon di bawah umur 16 tahun, dokumen berikut diperlukan:

  • salinan jelas resit pembayaran yuran visa pemohon
  • surat kebenaran bertandatangan daripada kedua-dua pemohon dan ibu bapa yang asal
  • salinan jelas ID bergambar yang dikeluarkan Kerajaan milik ibu bapa yang menandatangani surat kebenaran pemohon
  • ID bergambar yang dikeluarkan kerajaan milik wakil yang asal
    Perhatian: Jika kumpulan/keluarga, hanya satu surat pengesahan dengan maklumat berkaitan setiap pemohon yang diperlukan.

Aramex tidak dapat menghantar pasport jika mana-mana dokumen yang disebutkan itu tiada.