Masa Menunggu Visa Imigran

Gambaran Keseluruhan

Setiap kes visa imigran adalah berbeza, oleh itu sukar untuk menganggarkan tempoh proses yang akan diambil bagi setiap individu. Secara amnya, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada tempoh proses:

    Masa Diperlukan untuk Memproses Petisyen

    Masa yang perlu diambil untuk USCIS meluluskan petisyen berbeza mengikut jenis petisyen dan pejabat USCIS khusus yang terlibat. Anggaran pejabat USCIS khusus ada di sini.

    Masa Yang Diperlukan untuk Memproses melalui PVN dan Kedutaan

    Setelah petisyen diluluskan, jika petisyen dalam kategori saudara terdekat atau mempunyai tarikh keutamaan, hal ini bergantung kepada berapa lama anda boleh mendapatkan janji temu untuk temu duga. Lebih cepat anda mengikut arahan yang diberikan oleh Pusat Visa Negara (PVN) dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan, lebih cepat janji temu dapat ditetapkan. Pada kebiasaannya, janji temu dijadualkan dalam bulan selepas semua dokumen diserahkan. Visa akan siap beberapa hari selepas temu duga.

    Tempoh menjadi Kes Semasa

    Untuk sesetengah kategori imigran, undang-undang mengehadkan bilangan visa yang boleh dikeluarkan setiap tahun. Kes-kes ini diproses dengan teliti mengikut tarikh petisyen difailkan (inilah tarikh keutamaan). Visa tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tarikh keutamaan pemohon tiba (permohonan menjadi semasa). Hal ini mungkin mengambil masa beberapa tahun. Agak mustahil untuk menyatakan berapa lama tempoh yang diambil, namun Buletin Visa, yang diterbitkan setiap bulan, menyenaraikan tarikh keutamaan yang sedang diproses. Hal ini dapat memberi petunjuk baki tempoh masa.

Nota: Apabila pempetisyen menjadi warganegara, semua petisyen F2A (pasangan atau anak kecil penduduk tetap) secara automatik berubah kepada IR1 (pasangan warganegara Amerika) atau petisyen IR2 (anak warganegara Amerika). Kategori visa ini adalah tertakluk kepada sistem kuota visa dan dengan itu, visa sentiasa ada untuk benefisiari untuk digunakan jika mereka layak untuk dikeluarkan visa. Hubungi Kedutaan untuk maklumat lanjut.