Maklumat Visa Imigran

Gambaran Keseluruhan

Secara amnya, individu yang mahu berhijrah ke Amerika Syarikat perlu mempunyai petisyen yang diluluskan Perkhidmatan Kerakyatan dan Imigresen Amerika (USCIS) sebelum memohon visa imigran. Petisyen difailkan sama ada oleh saudara yang layak atau bakal majikan di pejabat USCIS di Amerika Syarikat. Maklumat spesifik tentang memfailkan petisyen imigran boleh didapati di laman web USCIS. Individu dengan kelulusan petisyen dan tarikh keutamaan yang sedang diproses (jika perlu) layak untuk memohon visa imigran atau visa bukan imigran K.

Petisyen di Malaysia

Berkuatkuasa mulai 15 Ogos, 2011, pempetisyen yang menetap di Malaysia, di mana tidak terdapat wakil dari USCIS, haruslah memfailkan borang I-130 melalui pos ke Kotak berkunci USCIS Chicago.

Alamat Kotak Berkunci USCIS Chicago untuk penghantaran pos biasa:
USCIS
P.O. Box 804625
Chicago, IL 60680-4107

Alamat Kotak Berkunci USCIS Chicago untuk penghantaran ekspres dan kurier:
USCIS
Attn: I-130
131 South Dearborn-3rd Floor
Chicago, IL 60603-5517

Untuk maklumat lanjut tentang cara memfailkan borang I-130 ke Kotak Berkunci USCIS Chicago, sila layari laman web USCIS di http://www.uscis.gov atau hubungi USCIS di Amerika Syarikat melalui telefon di talian 1-800-375-5283.

Yuran Visa Immigran

Untuk maklumat terkini tentang yuran visa imigran, sila layari https://www.uscis.gov/forms/our-fees.

Pengecualian Pemfailan

Berkuatkuasa mulai 15 Ogos, 2011, pempetisyen yang merasakan situasi mereka berhak mendapat pengecualian boleh memohon bahagian Konsular untuk menerima borang mereka. Setiap permohonan akan diteliti secara individu.

Pempetisyen yang ingin memfailkan borang I-130 haruslah menghubungi Bahagian Konsular untuk memohon supaya dipertimbangkan dan di beri pengecualian serta menjelaskan situasi mereka dengan terperinci. Bahagian Konsular seterusnya akan menyampaikan permohonan tersebut kepada pejabat USCIS dengan bidang kuasa Kedutaan. Penentuan sama ada kes tersebut mewakili situasi yand diberi pengecualian dan melayakkan pengecualian dalam proses pemfailan akan dibuat oleh USCIS. USCIS akan menyiarkan panduan tentang situasi yang mungkin layak diberi pengecualian di laman web mereka.

Keperluan Kesihatan

Semua pemohon perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan Panel Perubatan yang diluluskan oleh Kedutaan. Maklumat tentang pemeriksaan kesihatan boleh didapati di sini. Anda akan menerima arahan tentang cara menetapkan janji temu bagi pemeriksaan kesihatan daripada PVN atau Kedutaan. Jangan cuba menetapkan janji temi sebelum menerima arahan ini.

Janji Temu Kedutaan

Jika anda ada tarikh temu duga, anda mesti datang ke Kedutaan pada tarikh janji temu anda itu. Anda perlu tiba di Kedutaan 15 minit sebelum janji temu anda. Sila baca mengenai sekatan keselamatan di Kedutaan yang menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dibawa semasa temu duga. Anda perlu membawa surat janji temu dan dokumen yang diperlukan untuk kelas visa.

Penghantaran Visa

Semua pemohon visa imigran perlu mengaturkan supaya Aramex yang menghantar visa terbaharu mereka. Perkhidmatan kurier ini disediakan tanpa caj tambahan. Anda mesti memilih lokasi untuk visa anda dihantar sebelum menjadualkan temu duga anda. Anda boleh memilih lokasi penghantaran di sini. Sama ada anda atau wakil anda mesti mempunyai Nombor Kes Imigran (seperti di surat pemberitahuan Kedutaan) ketika menghubungi pusat panggilan untuk mendaftar pilihan penghantaran visa.