Penyerahan Dokumen 221(g)

Gambaran Keseluruhan

Kedutaan Amerika akan mengemukakan surat 221(g) kepada anda supaya menyerahkan dokumen atau maklumat tambahan berkaitan permohonan visa anda. Permohonan anda akan disimpan di Kedutaan sehinggalah anda menyerahkan dokumen tersebut.

Kesemua dokumen dan maklumat yang diminta dalam surat 221(g) perlu diserahkan ke lokasi kurier Aramex terdekat dalam masa setahun dari tarikh anda menerima surat 221(g) itu. Jika anda gagal untuk menyerahkan maklumat yang diperlukan itu dalam tempoh setahun, permohonan visa anda akan digantung. Anda dikehendaki mengemukakan permohonan visa yang baharu dan perlu membayar yuran berkaitan bagi meneruskan proses permohonan visa anda.

Cara Menghantar Dokumen 221(g)
    Langkah 1

    Klik butang Hantar Dokumenpada halaman bawah untuk mencetak slip penyerahan 221(g). Anda perlu membawa slip ini ke pejabat kurier Aramex semasa anda menyerahkan dokumen untuk penghantaran ke Kedutaan. Mengklik butang Hantar Dokumen juga membolehkan anda menukar alamat penghantaran dokumen anda, jika anda mahu.

    Langkah 2

    Pergi ke pejabat Aramex terdekat. Ambil slip penyerahan 221(g) anda, surat 221(g) yang diterima daripada Kedutaan, dan semua dokumen yang diminta dalam surat 221(g).

    Langkah 3

    Tinggalkan dokumen dan slip penyerahan 221(g) di pejabat kurier Aramex. Aramex akan memberikan anda salinan bil udara sebagai penerimaan dokumen anda.

    Langkah 4

    Aramex akan menghantar dokumen anda ke Kedutaan.

    Langkah 5

    Aramex akan memulangkan dokumen dan pasport anda di alamat penghantaran dokumen yang anda pilih. Jika dikeluarkan, visa akan berada dalam pasport anda. Anda juga mungkin menerima surat 221(g) yang baharu.