Pilih Alamat Penghantaran Dokumen

Gambaran Keseluruhan

Anda perlu memilih alamat penghantaran untuk pengembalian pasport anda sebelum menjadualkan janji temu untuk temu duga visa anda. Apabila memilih alamat penghantaran dokumen, pastikan anda mempunyai Nombor Kes Imigran pada surat pemberitahuan Kedutaan. Jika permohonan visa anda diluluskan, Aramex akan memulangkan pasport dan visa di alamat atau lokasi pengambilan yang anda nyatakan semasa menetapkan sesi temu duga. Pasport anda akan dihantar hanya ke alamat yang anda nyatakan semasa anda menetapkan temu duga visa. Tiada caj tambahan untuk perkhidmatan ini.

Maklumat Lain

Untuk mendaftar alamat penghantaran dokumen secara atas talian, klik di sini.
Untuk menukar pilihan alamat penghantaran dokumen sebelum ini, klik di sini.
Untuk mendaftar atau menukar alamat penghantaran dokumen melalui pusat panggilan kami, klik di sini.