Permohonan Menunggu Tindakan Lanjut

Gambaran Keseluruhan

Penolakan di bawah Seksyen 221(g) bermakna maklumat penting tiada dalam permohonan atau permohonan diletakkan di bawah pemerhatian pentadbiran. Pegawai Konsul yang menemu duga anda akan memaklumkan pada penghujung temu duga jika tindakan bagi kes anda ditangguhkan di bawah 221(g) bergantung pada maklumat seterusnya. Pegawai akan memberitahu anda sama ada kes perlu melalui proses pentadbiran, atau akan meminta anda menyerahkan maklumat tambahan.

Jika maklumat lanjut diperlukan, pegawai akan memberitahu anda cara untuk menyerahkan maklumat tersebut. Sebagai sebahagian daripada proses, anda akan diberi surat bertulis dan mempunyai 12 bulan dari tarikh permohonan untuk menyerahkan dokumen yang diminta tanpa perlu membayar yuran visa sekali lagi. Selepas satu tahun, penolakan permohonan di bawah Seksyen 221(g) dibatalkan seperti dalam Seksyen 203(e).

Jika Kedutaan meminta maklumat atau dokumen tambahan daripada anda, anda perlu menyerahkan dokumen menggunakan perkhidmatan kurier Aramex. Halaman ini menjelaskan cara untuk menyerahkan dokumen ke Kedutaan di Kuala Lumpur.

Maklumat Lain

Sesetengah permohonan visa memerlukan proses pentadbiran lanjut, yang mengambil masa tambahan selepas temu duga dengan Pegawai Konsul. Anda akan diberitahu tentang kemungkinan ini selepas temu duga. Kebanyakan proses pentadbiran akan selesai dalam masa 60 hari selepas temu duga visa anda. Sekiranya proses pentadbiran tambahan diperlukan, tempoh proses berbeza mengikut keadaan setiap kes. Anda diingatkan supaya memohon visa lebih awal dari tarikh jangkaan perjalanan.

Notis Penting: Sebelum bertanya tentang status visa, anda atau wakil perlu menunggu sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh temu duga anda atau tarikh penyerahan dokumen tambahan, mana-mana yang terdahulu. Harap bersabar. Pusat panggilan akan menghubungi anda (melalui telefon atau e-mel yang telah kami sahkan dengan anda semasa temu duga) sebaik sahaja proses visa anda selesai.

Sekiranya anda adalah pemohon nonimigran, anda boleh menyemak DS-160 dan status permohonan visa anda secara atas talian disini dengan memasukkan lokasi temuduga dan nombor barkod DS-160 anda. Sekiranya anda adalah pemohon visa imigran anda boleh memasukkan nombor kes anda.