Pautan Berguna

Kebanyakkan sumber di dalam muka in hanya tersedia dalam bahasa inggeris. Jika anda perlukan bantuan selanjutnya sila rujuk pada penterjemah bahasa.

Laman Sesawang Tambahan Kerajaan Amerika Syarikat

Undang-Undang Imigresen Amerika Syarikat diluluskan oleh Kongres untuk memberi kuasa berhubung isu imigresen, termasuklah keluar masuk pelancong di seluruh sempadan negara menentukan siapa yang boleh masuk, berapa lama mereka boleh menetap, dan bila mereka mesti pulang. Akta Imigresen dan Pewarganegaraan (INA), dalam Tajuk 8 Kod Amerika Syarikat, menyediakan asas kepada undang-undang imigresen, termasuklah pindaannya. Selain itu, undang-undang imigresen terkini mempunyai kesan ke atas pemprosesan visa, termasuklah, sebagai contoh, Akta Patriot AS 2001 dan Akta Peningkatan Keselamatan Sempadan dan Reformasi Visa 2002. Ketahui lebih lanjut tentang Peraturan dan Undang-Undang Imigresen Amerika Syarikat.